Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Atu Zero Dah Malas Nak Bertanding, Mahu Beri Peluang Kepada Pelawak Lain - “Jujurnya Saya Penat Sebab Rasa…”

Asyikin Mayudin
17/09/2024 14:55 MYT
Pelawak yang juga salah seorang ahli kumpulan Zero iaitu Atu meluahkan rasa kesal apabila golongan pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.

Beri peluang

Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif berkata golongan pelawak sepertinya hanya dipanggil ataupun kehadiran mereka disedari apabila stesen televisyen tempatan mahu menjayakan pertandingan lawak sahaja.

“Saya sudah malas bertanding dan penat bertanding. Jujurnya saya penat sebab rasa tidak dihargai. Iyalah asal nak bertanding baru nak panggil kami, pelawak. Asal bertanding saja panggil pelawak.

“Banyak pelawak di luar sana yang saya rasa berkebolehan tapi tidak diberikan peluang. Saya banyak juga program yang saya buat, cuma kawan-kawan yang lain. Saya terkilan dalam industri ini, kami dilayan sebegitu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Buat ‘Show’ Percuma, Atu Zero Hanya Mahu Hiburkan Orang - “Bila Kita Tengok Orang Gembira, Hati Rasa…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Dari Rambutnya Aja, Banyak Bercanda Ya" - Netizen Indonesia Suka, Terhibur Tengok Atu Main Badminton

ARTIKEL BERKAITAN: KISAH ATU MENGINAP HOTEL 'AYAM' BERSAMA KELUARGA | BORAK DULU BARU KAMU

“Kalau dulu mungkin kami sertai pertandingan sebab fikir ganjarannya tapi sekarang kami lebih fikir untuk mahu berkarya dan cari pelapis sebab selepas kami, tiada lagi pelawak yang betul-betul diterima.

“Terutamanya selepas Raja Lawak 6. Nanti bila satu zaman pelawak sudah tiada, baru rasa pelawak itu diperlukan,” kata Atu kepada Gempak.

Bakal keluar lagu

Dalam perkembangan lain, Atu turut meluahkan rasa teruja apabila kumpulannya iaitu Zero bakal tampil dengan lagu pertama mereka yang diberi judul Tondu.

“Tondu itu membawa maksud ‘awek’. Jujurnya kami seronok nak keluarkan lagu ini. Lagu ini boleh dikatakan ada stail seperti The Jackson 5,” katanya.

Untuk info, Zero dianggotai oleh tiga orang adik-beradik yang berasal dari Sabah iaitu Atu, Sharif dan Syaiful.

#Pelawak #Kumpulan Zero #Atu Zero #Atu tak nak bertanding #Pelapis pelawak