Pelawak, Atu Zero menjadi perhatian netizen Indonesia selepas beraksi dalam perlawanan bersahabatan di gelanggang badminton dalam pertandingan yang diberi nama Tepok Bulu ‘23.

Gelagat Atu ketika bermain badminton dan juga reaksi wajahnya yang lucu membuatkan netizen dari seberang tidak kering gusi.

Ada sahaja keletahnya yang mencuit hati sehinggakan regu dari Indonesia dan juga pengulas sukan juga turut ketawa melihat Atu.

“Dari rambutnya aja sudah menyesal saya ni, tapi dia ini banyak bercanda ya,” ujar pengulas sambil ketawa.
@velociraptor04 HAHAHAHAHHA mcm2 gaya ? #tepokbulu2023 #atuzero #atitaharis #indonesia #malaysia #badminton #badmintonindonesia #badmintonmalaysia ♬ เสียงต้นฉบับ the comedian c17 - ครูศรีหนุ่ม

Malah menerusi video tular di TikTok, rata-rata netizen memberikan emoji ketawa tanda menyukai Atu.

Atu mewakili regu Malaysia bersama Atita Haris. Mereka bagaimanapun tumpas 2-1 di tangan pelakon Gadis Kretek, Arya Seloka dan Ziva.

BACA: Mantap! Fazley & Imran Aqil Kalahkan Duta SO7, Vincent Dalam Perlawanan Badminton


Selain Atu dan Atita, selebriti Malaysia lain yang ikut bertanding dalam regu campuran adalah Fazley dan Imran.

Fazley dan Imran menang set pertama dengan skor akhir 21-13 dan menumpaskan Duta SO7 serta Vincent dengan 21-12 pada set kedua lantas diumumkan pemenang pertama dalam pertandingan persahabatan membabitkan selebriti Malaysia dan Indonesia tersebut.