Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Aura Ina Naim Menyerlah, 22,000 Tonton Pasangan Pengantin Baharu

Gempak
13/11/2024 06:25 MYT

Aura pengantin baharu, Ina Naim semakin menyerlah apabila buat pertama kalinya melakukan penstriman langsung bersama suami sehinggakan mencapai lebih 22,900 tontonan semasa.

2.7 juta tanda suka

Bukan itu sahaja, siaran tersebut juga memperoleh 2.7 juta tanda suka dan lebih 283,000 jumlah keseluruhan tontonan sepanjang hampir satu jam sesi terbabit berlangsung.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim, 40, berkata, dia dan suami sekadar ingin berbual kosong bersama peminat sambil memberitahu bakal menjalankan semula operasi jualan mi siput yang terhenti seketika.

“Terima kasih mendoakan dan memberi 'gift' kepada kami, tak elok pula nak hentikan 'live' tetapi ada yang masih nak beri hadiah.

“Saya pun tak boleh berlama-lama sebab nak siapkan pembungkusan mi siput yang terhenti sekejap,“ katanya di TikTok pada Selasa.

Ina Naim dan suami, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, 41, sempat memberikan kata-kata motivasi serta nasihat kepada pelayar TikTok sambil menceritakan serba sedikit tentang kehidupan selepas berumahtangga buat kali kedua.

Pasangan pengantin baharu itu juga dilihat tidak kekok bergurau senda sesama sendiri dek usikan manja peminat sepanjang sesi penstriman langsung.

Sekadar rekod, Ina dan Mohd Khairul Rizal melangsungkan perkahwinan pada 8 November lalu di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Beliau menggalas status ibu tunggal selepas suaminya yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hasil perkahwinan terbabit, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

ARTIKEL BERKAITAN: Tamatkan Zaman Janda, Ina Naim Kembali Bergelar Isteri!

ARTIKEL BERKAITAN: One In A Million! Netizen Gembira Ina Naim Kembali Jadi Isteri, Puji Suami Baharu Seorang ‘Gentleman’ – “Sekali Lagi Allah Temukan Dia Dengan…”

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Tak Boleh Menjanda Lama-Lama" - Ina Naim Nikah Semula Demi Anak-Anak

Mohd Khairul Rizal yang bekerja sebagai jurutera juga berstatus duda dan memiliki dua orang anak berusia 12 serta 10 tahun.

Sumber: Sinar Harian

#Live #TikTok #Naim #Pengantin Baharu #Ina
;