Terbaharu, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur apabila Ina sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya itu.
Malah, ada juga yang menyifatkan Ina seorang yang bertuah biarpun diuji dengan dugaan sebelum ini.
“Tak pernah dia merungut di media tentang suaminya yang flat eather, hidup tanpa peti ais, mesin basuh, Tv etc.
Dalam pada itu, netizen turut tidak melepaskan peluang mendoakan rumah tangga kedua Ina berkekalan hingga ke akhirnya.
“Dia pernah disatukan dengan orang yang betul-betul dapat bimbing dia, dan sekali lagi Allah temukan orang yang baik untuk Kak Ina. Alhamdulillah dan tahniah, semoga cinta terus dikekalkan hingga ke jannah,” doa netizen.
“Happy gila tengok Ina kawin. Dia betul-betul deserves it. Solehah & redha dengan dunia, Allah hadiahkan pelangi semula,” tulis netizen lain.
“Tahniah Ina Naim. Salute pada suami baru dia ni. En Khairul gentleman, dia terima semua anak-anak Ina seadanya,” komen netizen lagi.
Terdahulu, Ina mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Suhaimi Saad yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team pada 2007. Namun Suhami meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.