Hiburan
"Aurora Melengkapkan Keluarga Kami. Maknanya Dah Lengkap" - Diana Danielle Bayangkan Tidak Lagi Mahu Cahaya Mata
Pelakon jelita Diana Danielle membayangkan bahawa dia tidak lagi mahu menambah cahaya mata yang sedia ada.
Dalam satu entri ringkas di Instagram miliknya, Diana memuat naik sekeping gambar suaminya, Farid Kamil bersama anak bungsunya, Nur Aurora.
Ringkas sahaja penjelasan Diana pada gambar tersebut, tetapi cukup untuk membayangkan apa yang mahu dijelaskan.
" Nur Aurora melengkapkan keluarga kami, dan ya, maksudnya sudah lengkap. Dah Dah," tulis Diana ringkas tapi penuh makna.
Dalam pada masa yang sama, beberapa orang selebriti seperti Nabila Huda dan Fazura, serta peminatnya turut meninggalkan komen yang mahukan dia mempunyai lebih ramai cahaya mata.
Datin Diana Danielle atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkahwin dengan Datuk Farid Kamil pada tahun 2012 dan dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Must-Watch Video