,
Hiburan

“Aurora Nak Jadi Anna Frozen..” – Comelnya Anak Faezah Elai

Fiza Kamarudin
02/12/2019
01:59 MYT
Foto puteri kedua pelakon Faezah Elai, Aurora Heyrinna mendapat pujian netizen selepas dimuat naik ibunya di laman sosial Instagram (IG) semalam.
Faezah berkongsi foto Aurora ketika mereka berada di pusat dandanan rambut untuk memotong rambut anaknya itu.
Menurut Faezah Aurora meminta gaya rambutnya diubah seperti Anna, watak puteri dalam filem animasi popular kanak-kanak, Frozen.
Bagaimanapun kapsyen ditulis Faezah mencuit hati pengikut di IG dan foto posting tersebut telah mendapat 369 komen (setakat ini) dengan hampir 27 ribu tanda suka.
Kata Faezah, itu kali pertama Aurora memotong rambut dan minta ditukarkan gaya Anna Frozen dan kemudiannya disamakan dengan gitaris popular Man Kidal.
“Aurora nak tukar gaya rambut dia. Dia kata nak rambut Anna Frozen. Ni semua pengaruh cerita Frozen.
Rambut kerinting mcm guitarist Man kidal bak kata Tok chu @jamalariffin65, berangan nak jadi Frozen konon.
“Dia tak pernah potong rambut, ini kali pertama,” tulisnya.
Dalam pada itu Faezah turut menambah, Aurora mempunyai impian bertemu pelakon Bollywood popular Shah Rukh Khan.
“Nak rambut Frozen tapi nyanyi lagu Hindustan. Macam mana tu? Cuti sekolah tetap nak pegi India jumpa Shah Rukh Khan,” katanya.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata memuji wajah comel Aurora yang kelihatan seperti anak patung.
Faezah merupakan isteri kepada pengarah Heykal Hanifah yang berkahwin pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya, Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.
Hasil perkahwinan dengan Heykal, Faezah dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Viral

Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

gempak
05/09/2024
02:29 MYT
Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

gempak
03/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.
Viral

Sadis! Tercucuk Sampai Anak Tekak, Pelajar Sekolah Dipaksa Makan Roti Berduri

gempak
02/09/2024
18:55 MYT
Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pelajar sekolah Indonesia dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital setelah dipaksa makan roti yang dipenuhi duri.