“Aurora Sepatutnya Lahir Januari 2019, Tapi...”- Rebecca Nur Al-Islam Terima ‘Anugerah Berharga’

Syafiqah Jalal
Disember 11, 2018 03:37 MYT
Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam memperkenalkan seorang bayi perempuan yang baru sahaja dilahirkan sebagai ahli baru keluarganya.
Difahamkan bayi perempuan tersebut merupakan anak angkat yang baru sahaja diambil dan dijaga.
Rebecca akui bersyukur di atas rezeki tersebut.
“Let me introduce to the world, my other baby girl, Nor Aurora Riana Norazam.
“Alhamdulilah, now I have 4 boys and 4 girls.
“Rezeki Allah tanpa diduga. Allah is the greates
“Twins baby Ahmet Reagan, same year 2018,” tulisnya.
Nor Aurora dilahirkan di sebuah rumah pada 8 disember lalu, jam 3.30 pagi.
“Aurora Sepatutnya Lahir Bulan January 2019,Tapi SemuaNya Kuasa Allah SWT...Allah Maha MengaturNya Dan Allah Swt lebih Mengetahui Nya.
“Baby Girl Mummy Becca ni Dah tak Sabar Nak Mummy Becca Jaga ya sayang,Tu Yg TerKeluar Awal..It’s ok Sayang,Yg penting #babyaurora Sihat Alhamdulillah Syukur,Doctor Pun cakap @noraurora2018Very Healthy And Very Strong,” tulisnya lagi.
Rata-rata turut memuji kebaikan hati dan sifat Rebecca serta mendoakan agar bayi itu dapat dijaga dengan baik oleh keluarganya.
Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011 dan mempunyai empat cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 2, Nor Ahmat Al-Reaggan, selain seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 10 tahun.
#pelakon #Anak #Pelakon #Rebecca Nur Al-Islam