Pengarah filem Avatar, James Cameron menyampaikan ucapan tahniah kepada keluarga Marvel selepas filem itu berjaya dinobatkan sebagai filem paling laris di dunia.

Menerusi laman sosial Twitter, pengarah itu berkongsi satu tweet ucapan tersebut menggunakan akaun rasmi filem Avatar.

“Oel Ngati Kameie, I see you Marvel - Congratulations to Avengers Endgame on becoming the new box-office king,” tulis beliau.

Lebih istimewa apabila sekeping foto Iron Man berada di dalam planet Avatar yang diberi nama Pandora turut dilampirkan.Filem Avengers: Endgame menewaskan filem Avatar (2009) sebagai filem kutipan paling tinggi dengan $2.8 billion (RM11.58 billion) $500,000 ketinggalan dibelakang Avatar dengan kutipan $2.789 billion (RM11.44 billion).

Berita baik itu diumumkan sendiri oleh Ketua Marvel, Kevin Feige di pentas utama Comic-Con di San Diego pada Sabtu.

Pencapaian Endgame itu turut mengambil kira selepas tayangan semula dengan penambahan babak akhir baru-baru ini.

Menerusi Tweet itu juga, netizen berkongsi pendapat bercampur-baur dengan berita tentang kejayaan epik itu.

Ada yang memperlekehkan usaha Marvel untuk berada di tangga pertama kerana setelah 22 filem Marvel ditayangkan, barulah mereka memecah rekod terbabit dengan Avengers: Endgame.

Dalam pada itu juga, ramai yang sudah tidak sabar untuk menantikan kemunculan Avatar 2 yang dijangka akan menemui peminat pada 17 Disember 2020.

Mereka turut berharap rekod filem paling laris Endgame itu akan dirampas oleh Avatar 2 kelak.