Hiburan
Berada Dalam Pusat Pengasih Buat Mamat Exists Lebih Semangat Untuk Berubah - “Saya Mula Ambil Bahan Terlarang Daripada Umur…”
Vokalis kumpulan Exists iaitu Mamat mendedahkan dia kini sudah hampir enam bulan di bawah jagaan pusat pengasih selepas terpalit isu kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan pada 2019.
Tekad berubah
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin berkata dia yang mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah sejak berusia 16 tahun tekad mahu berubah selepas mendapat layanan yang begitu baik sepanjang di rumah pengasih.
ARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk Perubahan Positif Sepanjang Dalam Pengawasan AADK, Exists Mahu Doakan Mamat Di Tanah Suci – “Gugurkan Apa Saja Dosa...”
ARTIKEL BERKAITAN: Exist Tak Pernah Serik Bekerjasama Dengan Mamat - "Dia Tak Timbulkan Masalah, Hormat Kami..."
“Sebenarnya, saya mula ambil bahan terlarang ini kalau tak silap adalah daripada umur saya 16 atau 17 tahun, macam itu la.
“Sekarang ini saya berada di bawah jagaan dan pantauan pusat pengasih sudah enam bulan. Bila saya sampai di pengasih, sambutan dan layanan yang diberikan kepada saya sangat baik.
“Jadi, perkara itu membuatkan kita semua ini hormat satu-sama lain dan sentiasa ada sebagai satu ‘keluarga’. Disebabkan itu juga membuatkan saya lagi bersemangat nak berubah dan tak putus asa,” ujarnya.
Mamat berkongsi perkara itu ketika menjadi tetamu di Dol’s Podcast yang dikendalikan Shuib, Mamat Sepah dan Fizie Roslan.
Aktiviti harian
Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu ‘Rahsia Pohon Cemara’ ini sempat berkongsi aktiviti harian yang dilakukannya sepanjang enam bulan mendapatkan rawatan di rumah pengasih.
“Setiap hari, kami akan bangun sebelum waktu subuh untuk mandi sebelum mendirikan solat subuh berjemaah. Di sana, saya merupakan salah seorang koordinator dan akan menguruskan setiap aktiviti yang akan dilakukan oleh penghuni yang lain.
“Antara aktiviti yang kami lakukan ialah solat lima waktu berjemaah dan kelas mengaji al-Quran. Kalau nak kata soal tempat, banyak yang boleh bantu kita berubah tapi untuk saya yang terbaik sekarang ini ialah pusat pengasih.
“Buat orang yang nak berubah, pengasihlah tempatnya,” katanya lagi.
@dolspodcast Kepayahan Mamat Exist untuk pulih. Jadikan pengajara dan iktibar. Layan Episod 54, di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. NAK BELAJAR BUAT SIDE INCOME ? BOLEH FOLLOW @Fokiyoks @shuibsepahtu @shuksahar @Mamatsepah_Nana @Fizie Roslan #DolsPodcast ♬ Tragic Story - Scorpiano
Must-Watch Video