Laman Utama

“Awak Buatlah Apa Awak Nak Buat” - Syamsul Tak Halang Puteri Sarah Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar

gempak
Mya Amri
07/09/2023
03:55 MYT
Sponsor Banner
“Awak Buatlah Apa Awak Nak Buat” - Syamsul Tak Halang Puteri Sarah Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar
Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana mengambil keputusan untuk tetap meneruskan saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar yang dikenali sebagai Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.
Menurut Sarah, dia telah pun berbincang dengan Syamsul Yusof mengenai isu ini dan bekas suaminya itu menyerahkan kepadanya untuk mengambil tindakan sewajarnya
"Saya dapat tahu segala info tentang wanita berkenaan yang masih lagi bercakap tentang saya di media sosial pada hari saya baru habis tempoh edah.
"Bila berlaku pada hari itu saya tertanya-tanya kenapa perkara ini tak habis-habis lagi. Saya tak kacau awak, awak pun janganlah kacau saya.
"Bila saya tengok apa yang dia tulis bukan sahaja melibatkan saya tetapi turut membabitkan keluarga saya dan juga Syamsul.
"Bila saya dapat semua bukti itu, saya terus hubungi Syamsul. Saya tanya dia apa nak buat ni? Kita dah tak ada masalah, tetapi orang pula ada masalah dengan kita.
"Kalau saya tak buat sesuatu, perkara ini akan berpanjangan dan akan menjejaskan imej saya.
"Jadi Syamsul kata pada saya, awak buatlah apa yang awak nak buat. Saya okay sahaja", katanya ketika ditemui di sidang media.
Jelas Sarah lagi, dia juga telah menghubungi bekas bapa dan ibu mentuanya untuk menjelaskan tentang perkara ini dan memberi keizinan untuk melakukan apa sahaja tindakan.
"Mereka juga kesian dengan saya dan mahu saya menjalani kehidupan dengan tenang. Mungkin ada yang kata saya ni tak habis-habis dengan isu ini, tetapi saya berharap biarlah ini yang terakhir.
“Saya juga sudah penat. Kali ini saya memang buat betul-betul dan tak akan tarik semula. Saya tarik saman terdahulu kerana saya dan Syamsul mencapai kata persetujuan supaya kami masing-masing boleh hidup dengan tenang dan jalani kehidupan masing-masing. Tetapi bila semuanya telah selesai, timbul pula isu ini.
"Saya tak balas pun mesej dia. Biarlah pihak peguam saya yang uruskan. Jika kami terus bercakap secara peribadi, takut timbul hal lain pula", ujarnya.
BACA SINI: "Tak Ke Mana Pun Saman Menyaman"- Yusof Haslam Nasihat Puteri Sarah
BACA SINI: Puteri Sarah ‘Warning’ Bekas Menantu Kazar Masih Jaja Cerita? - “Kau Patut Bersyukur Tetapi…”
Dalam perkembangan lain, Sarah bakal muncul dengan teater muzikal kanak-kanak berjudul Pak Pandir Dan Labu Ajaib.
Teater yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 13 hingga 15 Oktober ini turut dibintangi oleh Janna Nick, Bell Ngasri, Noreen Iman, Aya Amiruddin, Naque Ariffin dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live