Laman Utama

"Tak Ke Mana Pun Saman Menyaman"- Yusof Haslam Nasihat Puteri Sarah

gempak
Syafiqah Jalal
29/08/2023
01:42 MYT
Sponsor Banner
"Tak Ke Mana Pun Saman Menyaman"- Yusof Haslam Nasihat Puteri Sarah
"Kalau boleh, elaklah saman menyaman ini kerana tak ke mana pun saman menyaman ini," jawab penerbit dan pelakon veteran, Datuk Yusof Haslam selepas ditanya mengenai timbul isu apabila menantunya Puteri Sarah Liyana 'dijentik' seorang individu tentang dirinya dengan bekas madu, Ira Kazar.
Pun begitu Yusof berkata, dia tidak mahu komen lebih lanjut dan cuma mengharapkan yang terbaik buat Puteri Sarah.
"Saya bincang dengan isteri saya dan dia nasihatkan supaya jangan komen apa-apa. Benda dah berlarutan. Biar dan serah kepada Sarah. Saya doakan yang terbaiklah.
"Tak manis untuk saya komen lebih-lebih sangat. Saya doakan yang terbaik untuk semua, termasuklah Syamsul dan cucu-cucu saya," katanya kepada Gempak.
Bagaimana pun Yusof bersyukur hubungan dia dan bekas menantunya masih baik meskipun Syamsul Yusof dengan Sarah sudah bercerai pada 14 Jun lalu.
"Apa pun yang berlaku, kita bersyukur, Alhamdulillah kerana mereka sudah berpisah secara baik. Kita pun tidaklah menghina mana-mana pihak. Jangan kata kami nak menghina pihak sana atau apa. Tidak.
"Biar Allah menentukan takdir kita. Kalau takdir baik, Alhamdulillah baik. Bagi saya, biar semuanya selesai secara baik dan takdir menentukan segalanya," katanya
Malah, Yusof berkata, meskipun tidak bersua tapi mereka tetap berhubung melalui WhatsApp dan sentiasa menitipkan kata-kata semangat buatnya.
"Saya dah sebulan tak jumpa Sarah, tapi ada hubungi melalui WhatsApp. Apa yang boleh saya doakan, saya cakap kepada dia, sabar.
"Kita tak boleh nak mengelak kecaman atau kutukan. Bahkan ahli politik pun kena kutuk dalam zaman sekarang. Cumanya, jangan dilayan untuk elakkan ia berpanjangan," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024