Pelakon Que Haidar berang apabila dituduh dayus serta mengamalkan fahaman Islam liberal oleh seorang warganet.

Tuduhan itu dibuat oleh seorang pengikutnya di akaun Instagram (IG) miliknya.

Que telah mendedahkan komen dari netizen tersebut serta maklum balasnya terhadap dakwaan itu menerusi paparan skrin yang dimuat naik ke entri IG.

“Kau memang terapkan nilai-nilai Islam liberal ke? Atau kau dayus tak reti suruh ahli keluarga tutup aurat? Tanya je," komen pertama dari warganet tersebut.

Que tidak berdiam diri malah turut membalas beberapa komen.

“Terpulang pada anda. Awak memang terapkan nilai-nilai mulut jahanam ke? Saja tanya,” balas Que.

Tidak cukup dengan itu, Que turut mengingatkan warganet itu supaya berhati-hati dengan kata-kata mereka kerana mungkin dia tidak akan memaafkannya.

“This person is funny.. Tanpa dia sedar mulut dia dah mengundang dosa sebab dia rasa dia lebih baik dari org lain.. Berdoalah agar saya boleh memaafkan anda.. Mungkin dia lupa berdosa sesama makhluk lebih berat nanti,” tulisnya di kapsyen.

This person is funny.. tanpa dia sedar mulut dia dah mengundang dosa Sbb dia rasa dia lebih baik dari org lain.. berdoalah agar sy boleh memaafkan anda.. mungkin dia lupa berdosa sesama makhluk lebih berat nanti ?

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on


Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang lain.

Rata-rata turut merasakan kata-kata netizen tersebut boleh mengguris hati dan tidak beradab.

Untuk rekod, Que mendirikan rumah tangga dengan Linda Jasmine pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Tengku Ratu, 9, dan Tengku Cleopatra, 7.