"Awak Nak Kaki Kan Saya? Jom Jumpa Saya Esok" - Fasha Sandha Naik Hantu

Kamaruddin Razal
Ogos 20, 2018 14:51 MYT
Pelakon cantik, Fasha Sandha berang dengan komen seorang pengguna laman Instagram yang mengeji cara pemakaiannya.
Pengguna tersebut meninggalkan komen negatif mempertikaikan mengenai tindakan Fasha menutup ruangan komen serta mendakwa Fasha kelihatan buruk apabila memakai baju paras dada.
Merasakan dirinya dibuli, Fasha bertindak memberikan 'pengajaran' terhadap individu tersebut menerusi sebuah entri.
Ruangan komen entri tersebut dibanjiri lebih 7,000 komen yang memberi pelbagai respon mengenai isu yang dibangkitkan Fasha.
Namun begitu, tetap ada segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan kenyataan Fasha.
Ada juga netizen menyokong tindakan Fasha dan berharap agar teguran diberikan secara baik, bukannya dengan menghina.
#pelakon #Fasha Sandha #Pelakon