Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Awak Nak Makan Laksa?" - Siapa Sangka Juadah Malaysia Ini Buat Kemunculan Dalam Komik Baru X-Men!

Hanafis Haris
18/06/2020 15:24 MYT
Menu makanan laksa sememangnya diperakui ramai sebagai antara juadah paling lazat di Malaysia.

Ini terbukti apabila laksa beberapa kali telah tersenari dalam menu makanan paling enak seluruh dunia.

Namun, kejayaan dan populariti laksa bukan hanya terhenti di situ, ia sebaliknya telah disebut di dalam sebuah komik popular keluaran Marvel.



Komik francais X-Men iaitu New Mutants isu ke-10 telah berjaya mempopularkan kembali laksa ke seluruh dunia.

Menerusi komik itu, kelihatan watak Glob sedang memasak laksa sambil diperhatikan seorang lagi watak dikenali sebagai Magik.

Babak tersebut kemudian menjadi viral dan sedang hangat diperkatakan di media sosial ketika ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Difahamkan, ini bukanlah kali pertama laksa muncul dalam siri komik X-Men.

Sebelum ini dalam siri #1 Hunt For Wolverine: Mystery In Madripoor, watak popular Magneto sendiri adalah antara peminat laksa.



#Marvel #X-Men #Laksa