Susulan dakwaan dituduh ‘scam’ duit founder, pelakon Norreen Iman mengakui kesilapannya tidak membuat ulasan produk selepas menerima bayaran RM80 sekitar 2018.

Menerusi video di Instastory, Norreen memberitahu dia terlepas pandang untuk melangsaikan tugas tersebut disebabkan ketika itu sedang rancak mengambil banyak tawaran ‘review’.

“Tiba-tiba nama naik dekat Twitter… itu pun sebab orang beritahu, aku memang tak main Twitter. Fasal review nyah… tahun 2018, tahun komplikasi mengandung begitu ya.

“Tahun kelahiran Eshan, komplikasi betul anak paling besar bedah perutnya. Yang jenis RM80 punya review, mak (saya) lupa. Dia macam katanya dah hantar barang.

“Jadi, mak baca DM macam pelik apa benda tu. Aku memang betul tak ingat la… memang betul-betul tak ingat. 80 ringgit nyah, mak macam ‘apa ni Norreen, apa kau buat ni’.

“Yela, zaman 2018… time tengah batak-batak aku nak buat review, duduk rumah flat kerja berhenti kerja AIA cari duit tepi. Time tu la beriya-iya buat review,” katanya.

Terdahulu, nama Norreen hangat diperkatakan di Twitter selepas dia didakwa tidak melangsaikan tugas untuk membuat ulasan terhadap produk yang diberikan selepas wang bayaran diterima.

Individu tersebut membalas satu ciapan seorang pengguna Twitter yang secara am melahirkan hasrat ingin memberitahu umum mengenai perangai buruk segelintir influencer yang ‘senyap’ selepas menerima bayaran.

Hairan dengan tindakan individu itu berkongsi perkara tersebut di laman sosial, Norreen bagaimanapun tetap mahu membayar semula wang RM80 yang sudah diterima.

“Jadi, DM saja kita… ada ja sebelum ini orang DM tahun 2018 ke 19 ke yang aku terlepas pandang, kita bayar ja, yang seratus ringgit. Awak punya RM80, DM saja kita bayar.

“Mana nak ingatnya ha… aku pelik kenapa tak DM saja. 2018 wey… tu zaman komplikasi mengandung tu, Ya Allah. Jadi, moral of the story… janganlah jadi seperti saya.

“Kepada mereka yang sedang hangat membuat review, jangan kau longgokkan kemudian baru buat. Ini la parahnya, zaman kegemilangan kemuncak batak membuat review, demand on the go.

“Tak fasal-fasal la… lima tahun kemudian. Diri sendiri dapat nama, padan la muka. Kadang-kadang bila ingat diri aku, funny. Rindu, zaman baru nak up tak ada guide, tak ada management,” katanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!