"Awak Saya Pakai Buang Je!" - Ini Pickup Line 'Makan Dalam' Bella Astilah Pada Aliff Aziz

Rozaimi Zubaidi
Januari 15, 2019 09:46 MYT
Pasangan pelakon Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astilah seringkali menjadi perhatian ramai terutamanya di media sosial.
Menerusi entri di Instagram (IG), Bella telah berkongsi sepotong video bersama Aliff sambil memberi 'pickup line' kepada suaminya itu.
"Okayy, bukan selalu saya mau berpickup line ni bha. Nahh untuk kesayangan sa @aliffaziz91. LARIKKKKKK," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengakui terhibur dengan video yang dikongsikan itu dan mereka menganggap 'pickup line' yang diberikan itu amat 'makan dalam' pada suaminya.
Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrean.
#pelakon #Aliff Aziz #Pelakon #Bella Astilah