Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

"Awak Tak Popular, Perlu Ada Gosip Liar" - Uyaina Pernah Disuruh Berpura-Pura Sedang 'Minum' Di Kelab Malam

Amri Hassan 28/11/2021 | 08:51 MYT
Pelakon Uyaina Arshad memberitahu dia pernah diminta untuk berlakon kononnya sedang minum di kelab malam demi meraih publisiti kilat.
Jelas Uyaina, dia bagaimanapun lega kerana tidak menurut kehendak itu dan bersyukur dengan pencapaian yang diraih sehingga kini.
"Saya juga pernah kena teruk sebelum ini. ‘Uyaina, awak tak popular, perlu ada gosip liar. Apa kata awak pergi ke kelab malam dan pegang saja gelas kemudian berlakon sedang ‘minum’.
"Kemudian kita rekod atau ambil gambar, pasti nama awak terkenal selepas itu," katanya menerusi ciapan di Twitter.
Perkara itu didedahkan Uyaina ekoran tular isu pelakon dipilih berdasarkan jumlah pengikut di media sosial dan populariti seperti yang dikongsikan oleh Nam Ron dan Sharifah Amani.
Melanjutkan cerita, Uyaina akui biarpun sudah empat tahun berlalu, pesanan itu membekaskan memori dalam dirinya.
"Rasa sangat teruk. Walaupun sudah empat tahun berlalu tetapi ayat tersebut masih segar dalam ingatan.
"Perkara itu juga sangat merendahkan maruah diri saya. Sebab jika saya ikut dan lakukan apa yang diminta, memang mudah untuk meraih populariti segera namun ibu saya pasti akan sangat kecewa dengan hal tersebut," tambahnya.
#pelakon #Viral #Uyaina Arshad #Kelab Malam #Minum
;