“Awalnya Anggap Kontraksi Palsu, Tak Tahan Akhirnya…” – Tya Arifin Kongsi Pengalaman Bersalin

Mya Amri
Mei 16, 2019 15:08 MYT
Pelakon, Tya Arifin berkongsi pengalaman melahirkan anak keduanya, Azzahra Jiwa pada 9 Mei lalu.
Menurut Tya, walaupun bersalin anak kedua namun dia tetap tidak dapat mengelakkan dirinya daripada berasa gementar.
Menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkongsi pengalamannya menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
“Cerita tentang Persalinan Azzahra Jiwa @azzahrajiwaasyraf. Due date Tya adalah tepat hari ini, 15 May 2019,40 weeks.
“Tanggal 7 May, Tya checkup dengan dokter, Dr. Suhaiza Salleh. Saat itu dr advice agar baby lahir tak besar, kita boleh awalkan persalinan. Dr pun sudah mengecek dinding rahim, etc dan mengatakan Tya sudah ready bila-bila masa kalau nak bersalin, orang kata dah cukup bulan.
“Jadi Tya dan Ap bersepakat untuk memilih tarikh 9 May dan kita akan datang ke hospital pukul 9 pagi. Saat itu, perasaan Tya campur aduk, Happy, nervous, tak sabar, takut, lain-lainnya.
“Kenapa Nervous-Takut? Karena mungkin normal, namanya nak bersalin. Yang memperjuangkan hidup dan mati. Dan Tya ada pengalaman melahirkan baby berat 4kg, Arif. So perjuangan saat itu luar biasa.
“Kenapa Happy, tak sabar? Ya. Karena Allah telah menjawab doa Tya. Ia memberikan anak perempuan yang Tya doakan dari awal lagi. Alhamdulillah. Allah Maha Baik.
“8 May, pagi. Dari pagi Tya sudah siapkan barang-barang yang nak dibawa ke hospital.
“Malam. Perasaan takut nervous (negative) Tya dah buang jauh-jauh. Tya fokuskan semua pada kebahagiaan (positive). Malam itu, pukul 11, sebelum tidur. Tya berhajat, berdoa pada Allah meminta kemudahan bersalin, dipercepat dan dilancarkan.
“Sebelum menutup mata, difikiran Tya, Tya membuat suatu ‘movie’ yang Tya nak dari alur cerita, apa yang terjadi pada persalinan nanti. Tya bayangkan, seperti kita menton movie. Dan Tya pun tawakal dan tidur.
“Sekitar pukul 3 pagi, Tya seperti mendapat kontraksi, awalnya Tya anggap itu kontraksi palsu. Karna due date Tya adalah 15 May. Tya cobakan tidur kembali.
“Tapi kontraksi datang lagi, bercak-cak flek/air keluar. Agaknya Tya kira, kontraksi itu setiap 10 menit datang. Semakin cepat,” kongsinya.
Dalam pada itu, Tya juga memberitahu dia terpaksa mengambil suntikan Epidural untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
Selain itu, Tya juga menasihatkan ibu-ibu hamil yang bakal bersalin agar sentiasa berfikiran positif.
“Tya sudah tak tahan. Akhirnya pukul 5.30 pagi Tya minta Asyraf untuk ke hospital sekarang juga. Karna Tya sudah tak boleh tahan kalau nak tunggu jam 9 pagi, sesuai appointment tanggal 7 hari itu.
“Sampailah ke hospital, Tya masuk labour room agak pukul 7. Dan nurse pun cek kontraksi dan bukaan Tya, ternyata Tya sudah bukaan 4.
“Dr. Suhaiza datang mengecek dan menyiapkan alat-alat persalinan. Tya juga ambil epidural untuk mengurangi rasa sakit saat kontraksi.
“Saat itu, Tya relax, tarik nafas, berdoa. Sampailah Tya panggil dokter kalau Tya merasa sakit kontraksi.
“Dr masuk dan mengecek bukaan, ternyata bukaan sudah lengkap dan Tya sudah siap bersalin. Semua team dokter datang.
“Dan membantu persalinan Tya, dan masa Tya push, Tya tengok jam pukul 9.15. Tya bernekat dalam hati, lagi 5 menit baby akan keluar. Bismillah Ya Allah.
“Dan Allah mendengar. Tepat 9.21 Azzahra Jiwa keluar melihat dunia. Dengan bantuan Dr Suhaiza yang amat profesional dan teamnya. Betapa bahagianya Tya... Semua berjalan lancar, apa yang Tya inginkan tercapai. Allah Maha Baik.
“Jadi, buanglah ke negative-an itu ya Moms. Semua tergantung apa yang kita fikirkan dan inginkan. Fikirkan yang baik baik. Berprasangka lah baik kepada Allah.
“Selepas itu, jangan lupa bertawakal, berserah diri, itu yang penting. Apapun yang terjadi , ingat, itu adalah yang terbaik untuk kita dari Allah. Good luck Moms,” kongsinya
Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin telah mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015.
Menerusi perkongsian hidup itu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Arif Jiwa, 2 tahun.
Foto: Instagram @tyaariffinnw / @journeywithtya
#pelakon #Pelakon #Tya Ariffin #Azzahra Jiwa