Penyanyi Awi Rafael kini tampil dengan single terbaru berjudul Wanita.

Ketika dihubungi Gempak, Awi mengatakan single tersebut didedikasikan khas buat ibu dan adik beradik perempuannya.

"Saya baru sahaja melancarkan single terbaru yang berjudul Wanita, menarik tentang lagu ini, saya dedikasikan khas buat wanita istimewa dalam hidup iaitu ibu dan adik beradik perempuan saya.

"Terdapat beberapa elemen yang lebih segar dalam Wanita berbanding lagu-lagu saya sebelum ini, orang ramai juga boleh nantikan kemunculan video lirik di YouTube tidak lama lagi," katanya.



Tambah Awi, meskipun orang ramai sedang sibuk dengan krisis COVID-19, namun penerimaan peminat terhadap single terbarunya itu amat positif.

"Syukur Alhamdulillah, walaupun orang ramai agak sibuk menumpukan perhatian terhadap krisis COVID-19, namun penerimaan peminat dan rakan-rakan saya terhadap lagu ini amat positif, saya gembira.

"Apa yang penting, single ini juga menunjukkan salah satu usaha saya untuk terus menzahirkan kecintaan dalam bidang muzik," katanya lagi.

Single Wanita telah dimuat naik di YouTube seminggu lalu, ia juga boleh didengari menerusi platform digital seperti Spotify.

Kredit Foto : Instagram Awi & Sinar Harian