Hiburan

Awie Kagum Anak Lebih Rapat Dengan Ibu Tiri

gempak
Ahmad Shah
27/10/2016
03:28 MYT
Sponsor Banner
Awie Kagum Anak Lebih Rapat Dengan Ibu Tiri
Vokalis kumpulan Wings, Awie akui kagum melihat anak-anaknya kini lebih rapat dan menyayangi ibu tiri mereka, Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 29.
Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman berkata, dia terharu apabila melihat keakraban anak-anak dan isterinya yang terjalin sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
"Kemesraan mereka sangat semula jadi. Sejak saya perkenalkan isteri kepada anak-anak hubungan mereka sangat baik malah semakin rapat. Malah mereka memanggilnya mummy.
"Sebelum kahwin pun mereka sudah berhubung dan isteri sering keep in touch sendiri dengan anak untuk mengambil tahu mengenai kehidupan harian mereka.
"Paling mengejutkan saya hingga membuatkan saya kagum, anak-anak akan mengadu semua perkara kepada dia dahulu sebelum saya.
"Sebagai contoh sebelum ini, mereka mahu keluar beriadah untuk main ice skating tetapi mereka suruh mummy mereka beritahu dan ajak saya pula. Isteri dah jadi orang pengantara pula buat mereka," katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Live Showcase Wings Hard Rock Cafe's 25th Anniversary semalam.
Awie dan Sharifah Ladyana sah bergelar suami isteri pada 7 Oktober lalu dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Songkhla, Thailand.
Tiga anak yang kini berada di bawah jagaannya ialah Puteri Aleeya Antasha, 16, Puteri Aleefa Antasha, 14, dan Putra Ahmad Merrah, 9.
Dua lagi anaknya Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qasseh Antasha, 6, tinggal bersama ibu mereka Rozana Misbun.
Tambah Awie, Sharifah Ladyana dilihat tidak kekok menguruskan anak-anak dan persekolahan mereka.
“Setiap hari dia akan menguruskan persekolahan anak-anak. Kadang-kadang saya kasihan melihat dia menghantar dan menjemput anak dari sekolah tetapi dia menawarkan dirinya kerana minat dan selesa.
“Antara sebab utama saya mempercepatkan proses perkahwinan ini juga adalah disebabkan perkara ini. Saya nak pastikan anak-anak tidak berasa kekurangan atau ketinggalan serba-serbi,” katanya lagi.
Ini adalah perkahwinan ketiga buat Awie dan pertama bagi Sharifah Ladyana.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live