Laman Utama
“Ayah, Ampunkan Ajad…” - Sajat Sebak Lihat Bapa Yang Sakit Terima Kerusi Roda Pemberiannya
Selebriti media sosial dan usahawan Nur Sajat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana sahabatnya, Datuk Aliff Syukri dan isteri, Datin Shahida Mohd Rashid secara sukarela membantu membelikan kerusi roda buat ayahnya.
Menerusi kemas kini di Instagram, Sajat berkata, dia dan Aliff masih lagi bersahabat seperti dahulu dan mereka hanya berkomunikasi menerusi Whatsapp dan media sosial untuk bertanya khabar.
“Hanya boleh sajat ucapkan terima kasih buat sahabat Sajat Datuk Aliff Syukri dan Datin sebab menolong Sajat beli kerusi roda dan tempat kelengkapan untuk membuang air besar. Ini sahaja Sajat boleh bantu keluarga Sajat yang jauh di mata tapi dekat di hati. Bila kita jauh, hanya silaturrahim dari perhatian sahabat.
“Ramai yang tanya Sajat masih berbaik lagi ke dengan keluarga Datuk dan Datin? Sebenarnya kami masih lagi sahabat macam dulu. Cuma hanya melalui media sosial dan WhatsApp sahaja kami bertanya khabar,” tulisnya di Instagram.
Sajat bagaimanapun menzahirkan rasa sebak selepas Aliff Syukri mengirimkan video bapanya yang sudah pun menerima kerusi roda baharu.
“Bila Datuk kirimkan video ini pada Sajat, terasa sedih dan sebak, bila orang yang kita sayang dapat buat dia tersenyum selagi dia masih hidup. Ayah maafkan Sajat, ampun kan Ajad, ayah adalah ayah terbaik dalam dunia ini.
“Ajad sayang ayah dan emak. Buat Datuk dan Datin, terima kasih kerana menolong Sajat, walaupun Datin dan Datuk sibuk, tapi tetap mencuri waktu untuk membantu sahabat ini yang jauh dari mata. terima kasih dan semoga Allah membalas kebaikkan Datuk dan Datin. Amin," tutup Sajat.
Terdahulu, Sajat menerusi siaran langsung di media sosial meminta bantuan untuk membelikan kerusi roda buat ayahnya yang jatuh sakit dan tidak mampu berjalan.
Must-Watch Video