Hiburan
Ayah & Mak Berada di Hospital, Abby Abadi Mohon Doa Peminat
Bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi memohon peminat mendoakan ibu bapanya agar terus kuat dan bertahan.
Menerusi laman Instagram milik Abby, bekas pelakon drama bersiri Gerak Khas itu menuat naik foto ibu bapanya yang sedang berada di hospital.
“Ayah dan mak. Dua-dua kat hospital. Mohon doa kalian agar ayah dan mak kita terus kuat dan bertahan dengan ujian Allah ini ya,” tulis Abby.
Di ruangan komen, pengikut setia laman Instagram Abby mendoakan agar ibu bapa Abby diberikan kesembuhan.
Dalam masa yang sama, peminat juga turut mendoakan agar Abby sekeluarga tabah menempuh ujian yang diberikan Allah.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Abby