Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Ayah Meninggal Sebab COVID-19” - Ashraf Muslim Risau Kes Naik, Nasihat Ikut Sunnah Nabi Bendung Penyakit Berjangkit

Mya Amri
05/01/2023 08:30 MYT

Pelakon, Ashraf Muslim meluahkan rasa bimbang berikutan kes jangkitan COVID-19 di negara ini semakin bertambah.

Ashraf menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram menjelaskan bahawa peningkatan kes penyakit berjangkit itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.

Kata Ashraf, dia sendiri telah melalui detik pahit berdepan dengan COVID-19 di mana bapa kesayangannya meninggal dunia disebabkan penyakit berkenaan.

“Belajar dari pengalaman yang lepas. Kalau kita tak bendung dari awal, InsyaAllah negara kita pun akan jadi macam dalam video ni. 

“Aku pernah duduk dalam hospital 39 hari sebab covid, ayah aku meninggal dunia disebabkan covid dan kesan covid bukan sahaja pada fizikal malah ekonomi pun terkesan sampai sekarang,” luahnya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

Selain itu, Ashraf juga menasihatkan agar pihak atasan mmebuat keputusan dengan sebaik mungkin dan mengikuti sunnah Nabi dalam membendung penyakit berjangkit.

Malah tambah Ashraf, dia sendiri yang pernah dijangkiti COVID-19 sebelum ini juga masih berasa trauma.

“Sedar-sedarlah, kepada pihak atasan tolong buat keputusan dengan tepat. Ambil nasihat dan sunnah Nabi bila berlakunya penyakit yang berjangkit apa yang dilakukan oleh Nabi dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W.

“Ini luahan hati saya yang sangat risau dan stress serta mungkin trauma dengan apa yang berlaku sebelum ini.

“Saya mengharap ahli keluarga dan sahabat-sahabat saya jauh dari penyakit atau virus yang berjangkit ini,” luahnya.

Terdahulu, Ashraf berkongsi hantaran berita yang memaklumkan situasi COVID-19 di China semakin buruk.

Bahkan seorang doktor kanan di sebuah hospital terkemuka Shanghai mendedahkan 70 peratus populasi di bandar mega itu telah dijangkiti wabak tersebut.

#Ashraf Muslim #Nasihat #COVID-19 #Sunnah #Sunnah Nabi