Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Ayah Mohon Maaf, Banyak Buat Salah Saat Awak Dalam Kandungan” – Bekas Isteri PU Abu Selamat Bersalin

Mya Amri
11/06/2019 09:16 MYT
Pendakwah bebas PU Abu Sufyan melahirkan rasa syukur selepas bekas isterinya, Aina Fini selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka sebentar tadi.

Berita itu diumumkan sendiri oleh PU Abu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya sebentar tadi.

“Alhamdulillah pada tanggal 7/6 jam 12.55 telah lahir anak hebat dan putera sulung ini. Moga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada Islam.

“Ayah mohon maaf sebab telah banyak buat salah pada awak disaat awak dalam kandungan. Jaga hati ummi elok-elok sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak ada dalam perut ummi.

“@ainafini_ terima kasih kerana telah melahirkan anak hebat ini. Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia.

“Saya mohon doa netizen agar semuanya berjalan dengan baik dan segalanya dipermudahkan,” tulisnya.


Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen mendoakan kesihatan Aina Fini selain memuji ketabahan bekas isterinya.

Terdahulu, PU Abu memutuskan untuk menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil anak pertama mereka selepas memilih untuk bernikah dengan Hana yang punyai seorang anak.
#Bersalin #PU Abu