"Ayah Sayang Awak Sayang" - Shukri Yahaya Hadiahkan Anak Gelang Tangan Sempena Hari Lahir

Zulaikha Yusof
Ogos 24, 2018 12:41 MYT
Tanggal 24 Ogos merupakan hari lahir puteri kepada pelakon Shukri Yahaya dan isterinya, Tya Adnan.
Melalui perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Shukri telah memuat naik foto Aaira Ameena beserta ucapan ulang tahun kelahiran.
"Terdapat dua perkara yang paling saya sukai di dunia ini, satu adalah awak dan kedua ialah menjadi ibu bapa kepada awak. Ayah sayang awak sayang.
"Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-2 puteri," tulis Shukri.
Shukri telah menghadiahkan seutas gelang tangan kepada anaknya sebagai hadiah.
Rata-rata pengikut turut sama menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran serta mendoakan yang baik-baik kepada Aaira.
Sumber: Instagram Shukri Yahya & Tya Adnan
#pelakon #Shukri Yahaya #Pelakon