Pelakon Noorkhiriah meluahkan rasa terkilan apabila terdapat individu yang terus menghentamnya di Instagram biarpun sudah memohon maaf ekoran tindakannya mempromosikan sebuah majlis usrah di Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menurut Noorkhiriah, dia terkejut apabila bahasa yang digunakan individu tersebut kedengaran agak kasar seolah-olah cukup marah dengan apa yang sudah dikongsikannya di laman sosial sebelum ini.

"Alhamdulillah untuk bahasa ini. Akak daif lagi hina mohon maaf buat awak mengeluarkan bahasa ini dik.

“Akak post ini bukan mahu memalukan awak dik, tapi akak dah tak nak ada DM (mesej peribadi) begini lagi. Ayatnya ringkas tapi akak menggigil juga bila baca.

"Moga Allah ampunkan segala kesalahan kita tanpa kita sedar #AllahAda," luahnya menerusi satu entri di Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut pelakon drama Nur itu turut berkongsi paparan mesej DM berbaur bahasa kasar yang diterima daripada netizen.

Alhamdulillah untuk bahasa ini,akak daif lagi hina mohon maaf buat awak mengeluarkan bahasa ni dik..akak post ni bukan memalukan awak dik tapi akak dh tknak ada DM2 gini lagi,ayatnya simple tapi akak mengigil gak bila baca..moga Allah ampunkan segala kesalahan kita tanpa kita sedar #AllahAda

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on



Perkongsian Noorkhiriah itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya, termasuklah rakan artis yang memintanya bersabar dengan apa yang dilaluinya itu.

"Sabarlah kak, bila kita di separa hujung zaman. Apa sahaja kita buat diperhatikan, bukan menilai yang bagus dari satu perkongsian, tapi memerhati punca yang buruk untuk dipertikaikan dan menghina," komen pelakon Ardell Aryana.

Terdahulu, Noorkhiriah yang memuat naik poster menggalakkan orang ramai menghadiri sebuah majlis agama yang diadakan kelmarin.

Tindakannya itu kemudian dikecam kerana dikatakan tidak mengendahkan arahan kerajaan untuk menangguhkan sebarang bentuk perhimpunan melibatkan orang ramai termasuklah hal melibatkan keagamaan.

BACA: “Akak Ni Hina Lagi Daif, Minta Maaf Atas Kemarahan Korang” – Noorkhiriah Mohon Maaf Selepas Dihentam Sebab Ajak Orang Ramai Pergi Usrah

Posting itu kemudian dipadam Noorkhiriah sebelum memohon maaf kepada umum.

Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Noorkhiriah di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.