Ayda Jebat Dedah Wajah Anak Kedua, Pilih Nama Aali Mateen! Netizen Komen - “Handsome! Semoga Jadi Anak Soleh”

Mya Amri
Disember 19, 2023 03:53 MYT
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat akhirnya mendedahkan wajah anak keduanya untuk tatapan peminat.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Ayda memaklumkan dia memilih nama Aali Mateen buat putera kesayangannya itu.
“Assalamualaikum semua! Bismillahirrahmanirrahim, nama saya Aali Mateen bin Ahmad Nabil.
@aalimateenofficial.
“Lama jugak memikirkan nama our little prince, Aali Mateen ni. Semoga menjadi anak yang sole sayang Mommy and Dadaa..
“Doakan yang baik-baik untuk Aali Mateen ya semua! Shaaaaayaaaaaang shemuaaaa,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ayda juga turut membuka akaun Instagram rasmi untuk anak keduanya @aalimateenofficial.
Selain memuji kecomelan Aali Mateen, rata-rata netizen juga turut menyukai pilihan nama untuk cahaya mata kedua Ayda.
Antara komen yang diterima:
“Assalammualaikum Aali Mateen boy, sedapnya nama awak ni,”
“Hai Aali Mateen, handsomenya nama sama macam awak,”
“Assalaammualaikum Aali Mateen, semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh ya,”

PILIHAN PEMBACA: Ayda Jebat Syukur, Selamat Bersalin Anak Kedua - “Sekarang Mommy And Dadaa Back To Zombi World”

Terdahulu, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran anak pertama, Ana Nayla pada 21 September 2021.
#Ayda Jebat #Nama Anak #Anak Kedua #Aali Mateen