Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengucapkan rasa syukur selepas selamat melahirkan anak kedua pada Selasa.
Berita gembira itu dimaklumkan Ayda menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua… Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan.. Terima kash atas semua doa kalian.
“12.12.2023… (Tak ada sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world,” tulisnya.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto yang merakamkan jadi bayi comel itu sedang memegang jari Ayda.
