Hiburan

Ayda Jebat & Nabil Mahir Tak Rancang Soal Anak, "Kalau Boleh, Saya Nak 13 Orang ..."

gempak
Zulaikha Yusof
29/12/2020
09:55 MYT
Sponsor Banner
Ayda Jebat & Nabil Mahir Tak Rancang Soal Anak, "Kalau Boleh, Saya Nak 13 Orang ..."
Umum tahu, pasangan serasi, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 28, dan pengacara Nabil Mahir, 32, bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada Jumaat ini.
Ketika ditanya mengenai perancangan anak, Nabil sempat berseloroh menyatakan dia ingin mempunyai bilangan anak yang ramai.
"Saya anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.
"Kalau boleh, saya nak 13 orang anak. Mengapa tidak kalau dikurniakan rezeki?
"Dalam masa sama, 13 tu nombor kegemaran saya," katanya kepada Gempak.
Nabil dan Ayda ditemui ketika majlis pelancaran lagu Parah Parah yang diadakan di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.
Sementara itu, pemilik nama Nur Suhada Jebat ini akui dia dan Nabil tidak merancang dalam soal anak.
"Sebenarnya soal anak, kami berserah kepada rezeki Allah. Kami tidak merancang. Kami pun suka dengan budak-budak," katanya.
Terdahulu, Nabil melamar Ayda selepas mereka menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.
BACA: "She Said Yes!" - Tayang Cincin Di Hari Jadi, Ayda Jebat Terima Lamaran Nabil Mahir
Pasangan tersebut mencuri tumpuan ramai apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.
BACA: Tahniah! Ayda Jebat & Nabil Mahir Selamat Bertunang Secara Online... Gambar Edit Nampak Real Sungguh!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live