Hiburan
Ayda Jebat Penuhi Ciri-Ciri Wanita Idaman Saya -Radin
Penyampai radio Era, Radin akui penyanyi Ayda Jebat mempunyai ciri-ciri wanita pilihan hatinya.
Radin atau nama Radin Amir Affendy berkata Ayda mempunyai sifat yang matang meskipun luarannya berperwatakan keanak-anakkan.
"Ciri-ciri yang membuatkan saya terpikat adalah sikapnya yang matang.
"Sebenarnya ramai tak tahu dia seorang wanita yang matang meskipun dilihat sering berperwatakan seperti keanak-anakkan.
"Dia artis yang sudah lama dalam industri berbanding saya, jadi banyak nasihat dan tunjuk ajar yang berguna diberikan kepada saya.
"Selain itu dia seorang wanita yang jujur dan tidak pura-pura. Ia membuatkan saya suka berkawan dengannya," katanya kepada Astro Gempak.
Mengulas mengenai hubungannya, Radin tidak menolak jika ditakdirkan mereka dipertemukan jodoh.
"Saya tak berani cakap ke mana tahap hubungan kami selepas ini. Namun saya tidak menolak jika kami dipertemukan jodoh," katanya lagi.
Radin bersiaran di Super 40 Era bermula jam 8 hingga 12 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Teks oleh: Syafiqah Jalal