Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Ayda Jebat & Suami Dah Rancang Untuk Anak Kedua - “Doktor Kata Tunggu Lagi 2 Tahun Tapi Rasanya Dah Tak Boleh…”

Asyikin Mayudin
17/01/2023 00:50 MYT

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui dia dan suaminya iaitu Nabil Mahir mempunyai perancangan untuk anak kedua dalam tahun ini. 

 

Biarpun doktor menasihati untuk tunggu lagi dua tahun namun Ayda, berkata dia kalau boleh tidak mahu terlalu banyak jarak usia anak-anak. 

 

“Sejujurnya, kalau nak ikutkan saya nak cuba untuk hamil… memang la doktor kata tunggu dua tahun tapi rasanya dah tak boleh nak tunggu. 

 

“Sebab kita rasa macam momentum dari segi tenaga dan barang-barang baby pun masih ada untuk digunakan. Kalau nak tunggu tiga atau empat tahun itu tak tahu nak kena beli lagi ke. 

 

“Lagipun, saya tak nak gap itu terlalu jauh dan bila kita makin tua, anak masih kecil lagi. Takut juga kalau banyak sangat gap, saya ada kerja lain juga. 

 

“Jadi, saya dan Nabil ambil keputusan untuk merancang kalau boleh dalam tahun ini juga,” katanya kepada Gempak. 

 

Untuk rekod, Ayda mendirikan tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ana Nayla yang kini berusia setahun lebih. 

 

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini



#Ayda Jebat #Nabil #Nabil Mahir #Ayda #Ayda Nabil #Ayda anak #Ayda merancang