,
Laman Utama

Ayden Nak Perhatian Bella Astillah, "Siap Tidur Di Dalam Katil Bayi ..."

Zulaikha Yusof
13/08/2020
05:30 MYT
Pelakon Bella Astillah kagum melihat anak lelakinya, Ayden Adrean menjaga dan menyayangi adik, Ara Adreanna.
Menurut Bella, sikap itu wujud sebelum Ara dilahirkan pada 18 Julai lalu.
BACA: "Syukur Alhamdulillah, Bella Dah Selamat Bersalin" - Bella Astilah
"Hidup akan berubah seiring keluarga kita bertambah. Anak lelaki @aydenadrean17, adalah galakan dan kasih sayang selama ini yang membimbing saya menjadi ibu.
"Sebelum adik wujud, Ayden teruja melihat bayi Ara yang masih dalam perut mummy! Dia akan bertanya "bila adik nak keluar ni" dan sekarang dia sangat menyayangi adiknya.
"Dia akan sentiasa memerhatikan adiknya. Kalau adik menangis dia akan risau dan bawa mainan (tiada siapa yang mengajarnya itu).
"Saya rasa memang semua secara semula jadi macam tu," tulisnya di Instagram (IG).
Sementara itu, isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz turut mendedahkan Ayden sering cuba menarik perhatiannya daripada melayan Ara.
"Tetapi ketika Ayden melihat saya mendokong, menyusukan atau mencium adik sambil berkata "mommy sayangg baby Ara" dia akan cepat-cepat datang dan memeluk saya "mommy sayang Ayden tak?
"Kalau saya tidurkan adik sambil nyanyi Ayden akan bertanya "mommy itu lagu Ayden kan?? Saya akan memberitahunya itu lagu sama-sama sayang.
"Mungkin sebab sebelum ni perhatian sepenuhnya kat dia. Saya merasa sedih apabila melihat Ayden berusaha menarik perhatian saya, manja-manja yang lebih siap tidur di dalam katil bayi.
"Untuk anak sulung saya, anda akan sentiasa menjadi cinta pertama saya," tulisnya lagi.

Life will change as our family grows. baby boy @aydenadrean17 , it was your encouragement and love all along that guided me into motherhood. Before his baby sister comes, Ayden was excited to see baby Ara yg masih dalam perut mummy! Dia akan tanya “Bila Adik nak keluar ni” and now he really loves his baby sister. He will always keep on checking on his Adik. Kalau Adik cry dia akan risau and bawa main2(nobody teach him that?) I rasa mmg semua naturally mcm tu. But when Ayden saw me dukung, breastfeed or kiss adik sambil cakap “mommy sayangg baby Ara” he’ll cepat2 dtg and hug me “mommy sayang Ayden tak??” Kalau I put Adik to sleep sambil nyanyi Ayden akan tanya “mommy itu lagu Ayden kan??” Then I’ll tell him itu lagu sama2 syg. Maybe sbb sebelum ni the attention was fully kat dia. I feel sad when I see Ayden is trying to get my attention, manja2 yg over siap nak tidur dalam babycot :’) To my firstborn—you'll always be my first love sayang ❤️ P/s: Nanti i share video masa Ayden met his baby sister for the first time yang i balik dari hospital and bawa baby pulang.

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan sah bercerai pada Mei 2019 tetapi rujuk kembali dalam tempoh iddah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bella Astillah & Risteena Munim Bergambar Atas Satu Pentas, Reaksi Puteri Sarah Pula Yang Dapat Perhatian Netizen - "Muka Sarah Tak Cover Langsung"

gempak
20/08/2024
04:55 MYT
Tular di platform TikTok memaparkan beberapa artis wanita terkenal yang meniaga di Absolut Food Fest Singapura selama tiga hari.
Hiburan

Lagi Sekali Difitnah, Ibu Aliff Aziz Mahu Utamakan Kehidupan Tanpa Fikir Orang Lain - “Saya Sangat Terhibur Dengan…”

gempak
19/08/2024
01:55 MYT
Lagi sekali ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi paparan skrin sebuah artikel yang menuduhnya menghina bekas menantu, penyanyi Bella Astillah.
Hiburan

Dituduh Nak Tuntut Seorang Cucu, Ibu Aliff Aziz Mahu Bertemu Dengan Pemfitnah - “Saya Ingin Tahu Dari Mana Dia Dapat Info Fitnah”

gempak
16/08/2024
04:59 MYT
Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan rasa berang apabila mengetahui terdapat akaun TikTok yang menyebarkan fitnah terhadapnya.
Hiburan

Muaz Zabir Berteka-Teki, Biar Netizen Buat Andaian Siapakah Pemilik Tangan  – “Kalau Bella Sekali Pun, Dia Bukan Isteri Orang Lagi”

gempak
13/08/2024
03:25 MYT
Pelakon Muaz Zabir tampil memberi respons terhadap dakwaan netizen yang mengatakan individu di dalam klip rakaman video yang tular di TikTok adalah pelakon Bella Astillah.
Hiburan

Bella Astillah Maklum Aliff Aziz Tiada Hubungi, Tanya Khabar Anak-Anak Selepas Bercerai – “Tak Ada Langsung”

gempak
12/08/2024
07:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengakui ramai pihak terutamanya netizen sudah jemu dengan kisah masalah rumah tangganya bersama bekas suami, Aliff Aziz.