Bertemu dengan Syafie Naswip, dia menyatakan rasa sedikit terkilan kerana tidak dapat bersama-sama ke Jepun untuk tayangan istimewa filem-filem Yasmin Ahmad oleh Maviola.
Maviola merupakan syarikat yang mengedarkan filem-filem Yasmin Ahmad di Jepun dan mengadakan tayangan istimewa sempena 10 tahun pemergian Yasmin.
"Memang teringin sangat nak ke sana dan bersama-sama meraikan tayangan istimewa tersebut, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Ayie ada dua filem bersama arwah, iaitu Mukhsin dan Talent Time.
Tapi Ayie tak akan pernah lupa pesanan arwah pada Ayie," kata Syafie mengingati kembali zaman permulaan dia di bidang lakonan.
Kata Syafie, arwah sering berpesan supaya jujur dalam semua perkara yang dilakukan.
"Jujur bukan hanya pada lakonan, tetapi jujur dalam kehidupan. Jujur dengan orang sekeliling dan jujur dalam setiap keadaan.
"Pesanan itulah yang menjadi pegangan Ayie sehingga kini," kata Syafie yang membahasakan dirinya sebagai Ayie.
Ditanya tentang kariernya sekarang, Syafie berkata dia sedang sibuk menyiapkan diri untuk sebuah filem yang bakal dilakukan penggambarannya di Sarawak tidak lama lagi.
"Filem bertajuk Sumpahan Jerunei ini akan memulakan penggambaran di Sarawak bermula 7 Ogos ini hingga 15 September.
"Dalam filem ini, Ayie bawa watak utama iaitu Arjuna dan Ayie sangat teruja kerana ini adalah filem seram pertama yang Ayie lakonkan," kata Syafie sambil tersenyum.
Tamat sahaja penggambaran, Syafie akan berehat untuk beberapa hari sebelum berangkat ke Jogjakarta, Indonesia, untuk satu program masakan di sana.
"Rakaman program masakan ini adalah untuk Ramadan tahun depan yang dirakamkan sepenuhnya di Jogjakarta, bermula pada 18 September hingga 3 Oktober.
"Ayie akan menyediakan lima masakan Malaysia dan lima masakan Indonesia. Bukan setakat masakan, Ayie juga perlu menyediakan pemanis mulut juga daripada Malaysia dan Indonesia," kata Syafie lagi.
Tambah Syafie, kariernya diteruskan lagi dengan penggambaran KL Gangster Underworld pada bulan November dan Disember nanti.
"Alhamdulillah, Ayie bersyukur dengan segala rezeki dan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT. Ayie percaya Dia adalah sebaik-baik Perancang.
"Ayie juga sedang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dengan jenama MaBoi selepas Hari Raya tempohari bersama adik Ayie sendiri, Sapawi," jelas Syafie yang teruja dengan perniagaannya.
Menurut Syafie, jenama Maboi diberikan oleh adiknya Sapawi untuk menjual kudapan buah-buahan. MaBoi adalah Mangga yang dicampur pelbagai bahan asam.
"Kami juga menyediakan KeBoi (kedondong), SemBoi (Sengkuang) serta NeBoi (Nenas) dan bila lapang, Ayie sendiri akan membuat penghantaran kepada orang yang membeli.
"Harapan kami, supaya suatu hari nanti kami dapat memperbesarkan lagi perniagaan ini untuk keluarga," kata Syafie gembira.
Menurut Syafie menutup bicara, buat masa sekarang dia hanya ingin menumpukan perhatian pada keluarga dan kerjayanya.
Kredit Gambar: Instagram
Badrul Hashim
Thu Jul 25 2019


Awal Nafi Langgar Palang Rumah, Hanya Tolak Pakai Tangan; “Saya Bukan Iron Man”
Langgar ke tolak pagar?

Kaki Karok Memang Patut Tonton Karaoke Superstar, Confirm Menggamit Kalbu! Ada Zamani, Nash, Ameng Spring, Rahmat Mega
Kaki karok confirm suka!

Tom Holland Pernah Rasa Lakonan Teruk? Ini 5 Fakta Menarik Uncharted!
Sewa & strim sekarang!

Ruhainies Tak Mahu Jaja Kisah Mr E Lagi - "Biar Saya & Keluarga Saja Yang Tahu"
Ruhainies nak fokus kerjaya.

“VVIP Makan Tepi Jalan?”- Layan Laksa Kampung Baru, Datin Paduka Eina Azman Dipuji Ramai! Humble Betul!
Eina juga tanpa berkira terus memberi...

Yuna Sedih Anak Saudara 17 bulan Meninggal Akibat Covid-19 Selepas 12 Jam Bertarung Nyawa
Innalilah...

“Maki-Maki Lepas Tu Minta Maaf Pada Saya” - Penangan Datin Mona, IG Ziema Din Pernah Kena Serang
Memang betul-betul buat orang benci Datin Mona ni.

Awal Ashaari Didakwa Lakukan Khianat Rosakkan Palang Pagar
Pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Selasa terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.

“Makan Dengan Siapa Tu?”- Kantoi Dating, Ramai Gadis Frust Dengan Sufian Suhaimi Pula
Sufian Suhaimi dating dengan siapa tu?
.png?ext=.png)
We Tried The Longest Zip Coaster Ride in the World at ESCAPE Penang
Officially their second Guinness Book of Records feat!