Berita mengenai kehamilan pelakon Ayu Raudhah yang dikongsikan baru-baru ini ternyata membuat orang ramai turut tumpang gembira.

Difahamkan, usia kandungan Ayu sudah pun memasuki lima bulan. Malah itu merupakan kehamilan zuriat keenam daripada hasil perkahwinan Ayu bersama bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim, Zaquan Adha.

BACA: “Selagi Muda Kita Kumpul Anak Ramai” - Ayu Raudhah Sah Hamil Anak Ke-6, Dah 5 Bulan!

Sementara itu, ketika Gempak membuat tinjauan pada perkongsian yang dimuat naik di Instagram Gempak sebelum ini, ruangan komen pada hantaran tersebut dihujani ribuan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan kalangan peminat.

Namun apa yang mencuri perhatian adalah komen yang ditinggalkan oleh pelakon Nabila Huda.

Kata Nabila, dia berasa seronok melihat Ayu memiliki ramai anak, malah dia turut mengimpikan perkara yang sama.

“Bestnya rezeki dapat baby banyak, saya mahu juga,” komen Nabila sambil disertakan satu emoji sedih.

Dalam pada itu, beberapa wargamaya lain turut dilihat memberikan respon pada komen tersebut.

“Insyallah Nabila, selagi ada rahim ada rezeki awak nanti,” ujar seorang wargamaya.

“Insya-Allah, kami (netizen) doakan untuk Nabila, moga Allah makbulkan,” komen seorang netizen.

“Saya doakan awak sis,” kata seorang warganet.

Terdahulu, anak kepada penyanyi rock Malaysia, Amy Search itu mendedahkan pernah keguguran sebanyak dua kali akibat tidak mengamalkan pantang dengan betul.

BACA: 2 Kali Gugur, Nabila Huda Menyesal Tak Pantang Betul-Betul; "Maybe Itu Antara Punca Tak Boleh Pregnant?"

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!