Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ayu Raudhah Terkejut Pembantu Rumah Lari - "Saya Sedang Berpantang Rumah Che Ta, Tiba-Tiba…"

Asyraf Roslan
21/08/2024 13:34 MYT
Pelakon, Ayu Raudhah terkejut dua pembantu rumah melarikan diri ketika dia sedang berpantang di rumah kakaknya, Rozita Che Wan.

Perkara tersebut disedari oleh suami Ayu Raudah, Zaquan Adha selepas pulang ke rumah di Seremban.

"Tahu-tahu dua pembantu dah tiada di rumah...

"Zaquan keluar sekejap bersama anak-anak bila pulang rumah tahu-tahu dua pembantu dah tiada di rumah," ujarnya.

Pada masa sama, Ayu Raudhah masih belum boleh memastikan jika ada terdapat barang yang hilang buat masa sekarang.

"Buat masa ini kami belum boleh pastikan ada barang yang hilang atau tidak, lebih- lebih lagi hanya saya yang tahu mana barang itu,

"Saya perlu pulang dan periksa sendiri, tapi menurut Zaquan seperti tiada barang yang hilang cuma barang mereka tiada,sekarang saya dalam perjalanan pulang ke Seremban ," kata Ayu kepada Gempak.

Minta Tolong Orang Ramai Cari

Pelakon yang popular dengan drama Nur Kasih meminta pertolongan orang ramai mencari atau memaklumkan kepadanya jika terjumpa dua pembantu rumahnya itu.

BERITA TRENDING: Baby Boy! Ayu Raudhah, Zaquan Adha Selamat Timang Cahaya Mata Ketujuh


​BERITA TRENDING: Zaquan Adha Bukan Menangis Sebab Tak Sambung Kontrak, Tapi Rupa-Rupanya Kerana ...

​BERITA TRENDING: “Jika Kamu Rasa Ujianmu Sebesar Kapal, Ketahuilah…” - Ayu Raudhah Beri Semangat Kepada Zaquan Adha

​BERITA TRENDING: Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-6, Nabila Huda Teringin Ada Anak Ramai! Netizen Doa; "Insya-Allah Selagi Ada ..."

Perkara tersebut juga dikongsikan oleh Rozita Che Wan menerusi sebuah hantaran di Instagram anaknya, Aaisyahdhiarana111.
#Viral #Rozita Che Wan #Ayu Raudhah #Pembantu Rumah #hiburan #Lari