Laman Utama
“Jika Kamu Rasa Ujianmu Sebesar Kapal, Ketahuilah…” - Ayu Raudhah Beri Semangat Kepada Zaquan Adha
Buat kali kelima, suami kepada pelakon Ayu Raudhah iaitu pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan, Zaquan Adha menjalani pembedahan kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) pada Rabu.
Menerusi perkongsian Ayu di Instagram, dia mendoakan agar suaminya dipermudah segala urusan selain berlapang dada serta reda dengan ketentuan yang telah tertulis untuknya.
“Jika kamu rasa ujianmu sebesar kapal… ketahuilah bahawa rahmat Allah itu seluas lautan. Yang penting sabar. @zaqone_08 adalah orang yang paling tabah dan cekal yang pernah I kenal.
Advertisement
“Sangat positif, determination, dan seorang pemimpin yang baik. I tahu you cukup kuat the chosen one untuk melalui nikmat pengalaman menjalani operation ACL untuk kali yang ke-5 ni.
“I doakan semoga Allah permudahkan segala-galanya untuk you. Berlapang dada dan reda dengan ketentuan yang Allah takdirkan untuk you sayang.
“Sesungguhnya Dialah yang Maha Perancang dan Sebaik Baik Perancang,” kongsinya.
Rata-rata netizen turut mendoakan agar Zaquan dipermudahkan urusan selain kembali pulih dengan cepat.
“InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan. Semoga pasangan ini kekal selamanya. Amin Allahumma Aaminn.
“Speedy recovry capt @zaqone_08 dan akak @ayuraudhah_7 semoga dpermudah segala urusan. Doa kami sentiasa mengiringi korang. keep strong akak Ayu! You’re superwoman. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua.
“Moga Allah permudahkan segala urusan dan cepat sembuh. Aamin yra,” komen beberapa netizen.
Must-Watch Video