Azad Jazmin & Eira Syazira Sambut Ulang Tahun Kelahiran Anak Bertemakan Frozen

Rozaimi Zubaidi
Februari 19, 2018 04:29 MYT
Pelakon Azad Jazmin & Eira Syazira telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan ulang tahun kelahiran kedua-dua anaknya Amarra Sofea Rose, 4, dan Ameisya Leann Rose, 1, di akaun Instagram (IG) miliknya.
Sambutan ulang tahun tersebut bertemakan filem animasi Frozen, di mana kebanyakan tetamu yang hadir turut mengenakan pakaian seperti karakter filem animasi tersebut.
Foto Azad sekeluarga meraikan ulang tahun itu mendapat pujian peminat kerana mereka beranggapan bahawa dia merupakan seorang ayah yang baik kerana tetap meluangkan masa bersama keluarga.
Para peminat juga mendoakan agar kebahagian yang dimilik oleh keluarga Azad ini akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Mereka juga memuji kecomelan pakaian yang di pakai oleh Amarra Sofea Rose dan Ameisya Leann Rose.
Jangan lupa undi Eira Syazira & Azad Jazmin yang tercalon dalam kategori Couple MeleTOP, Anugerah MeleTop Era (AME) 2017 dan anaknya Amarra Sofea Rose menerusi kategori Si Cilik MeleTOP.
Undian fasa pertama mula dibuka mulai 22 Januari 2018 bermula 6 petang hingga 23 Februari 2018 untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.
Undian boleh dibuat secara online di tiga buah platform iaitu di laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan aplikasi RAKU yang boleh dimuat naik secara percuma di App Store dan Google Play Store.
Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis itu diadakan:
#pelakon #Pelakon #Eira Syazira #Azad Jazmin