Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Azan Scan Terasa Hati Dibayar Murah Untuk Menyanyi, Tahu Ada Artis Baharu Dibayar Tinggi! - "Letak Harga Bawah RM2,000, Kami Nak Makan Apa?"

Ernalisa 10/12/2024 | 05:55 MYT

Penyanyi vokalis Kumpulan Scan Azan akui berkecil hati dengan sesetengah penganjur yang menawarkan bayaran rendah dan tidak setimpal dengan pengalamannya.

BERITA BERKAITAN: Gegar Vaganza 11 RECAP : Tok Ram Cabar Liza Aziz Nyanyi Acappela, Nai Dinamik Gagal Mara! Semak Markah Penuh Minggu Ketiga

BERITA BERKAITAN: Gegar Vaganza 11: Masih Kekal Di Tangga Pertama, Tok Ram Cabar Liza Aziz Nyanyi Acappella - “She Fairly Okay, Lain Orang Tidak…”

Pemilik nama sebenar Noorhazan Rashid juga berkata, luahan itu bukan mahu menunjukkan dia seorang yang 'demand' sebaliknya penganjur seharusnya lebih sensitif soal bayaran membabitkan artis lama.

"Nak cakap terasa memang adakala saya terasa. Kita tahu kita ini bukan popular mana. Tetapi biarlah bayaran itu setimpal dengan apa yang kita bawakan.
"Bayangkan ada yang sanggup bayar bawah RM2,000. Nak makan apa kalau berkumpulan?" ujarnya kepada Gempak.
Katanya, disebabkan itu juga, Azan terpaksa menolak banyak tawaran menyanyi kerana bayaran yang tidak setimpal dengan pengalamannya lebih 30 tahun dalam industri hiburan tanah air.

"Kami bukannya letak harga sampai RM20,000 untuk satu jam menyanyi, tetapi bayarlah artis senior sesuai dengan pengalaman mereka.

"Golongan artis senior ini semuanya bersandarkan bakat dan nak masuk dalam bidang seni dulu pun susah bukannya seperti sekarang.
"Saya memang tolak kalau bayaran bawah RM2,000. Bukan berlagak. Tetapi macam saya kata janganlah pandang kami ini seperti tiada nilai sangat," tambahnya.
Kata Azan juga, tidak melampau jika dia menganggap industri nyanyian penuh dengan diskriminasi terhadap golongan artis senior dan veteran terutama dalam soal bayaran.
"Saya tahu ada bayaran dibayar tak setimpal dengan pengalaman mereka. Ada artis baharu dibayar tinggi. Saya tahu.

"Saya tak marah artis baharu tapi bagi saya, artis senior lebih berpengalaman sepatutnya bayar mahal… kenapa nak bayar murah?," jelasnya.

Bekas peserta Gegar Vaganza (GV) musim ke-8 ini juga bagaimanapun tetap bersyukur kerana sehingga hari ini masih menerima tawaran.
"Syukur sejak selesai GV ramai juga yang panggil saya nyanyi. Dalam masa sama saya juga uruskan pernigaan saya," ringkas Azan.

#Azan #Hati #Kecil #Dibayar #Scan #ciput
;