Gegar Vaganza 11
Gegar Vaganza 11: Masih Kekal Di Tangga Pertama, Tok Ram Cabar Liza Aziz Nyanyi Acappella - “She Fairly Okay, Lain Orang Tidak…”
Juri tetap Gegar Vaganza 11 (GV11), Datuk Ramli M.S bakal memberi cabaran buat bintang GV, Liza Aziz untuk membuat persembahan secara Acappella.
Menurut Ramli M.S yang juga merupakan pengarah muzik GV, Liza masih kekal berada di kedudukan pertama kerana bintang lain tidak memberikan yang sebaiknya dalam persembahan mereka untuk menandinginya.
“She is fairly okay, lain orang tidak performs.
“Kenapa kami berikan lagu-lagu yang lebih mencabar untuk dia sebab saya sebagai pengarah muzik akan gali perpustakaan nyanyian yang dia ada. Saya gunakan semuanya.
“Library dia besar, makan tak habis. Saya rasa Datuk Syafinaz dan Hetty tidak tahu tapi saya tahu library dia besar, sebab tu saya suruh dia nyanyi acappella.
“Tak semua orang saya izinkan untuk nyanyi accapella, tapi saya suruh dia nyanyi accapella sebab saya tahu dia boleh buat,” kata Tok Ram.
ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza 11 RECAP : Tok Ram Cabar Liza Aziz Nyanyi Acappela, Nai Dinamik Gagal Mara! Semak Markah Penuh Minggu Ketiga
ARTIKEL BERKAITAN: GV 11 RECAP: Liza Aziz Kekal Unggul Ditangga Pertama, Ning Baizura, The Lima & Ronnie Hussien Antara Peserta Yang Ditolak Markah Kerana...
ARTIKEL BERKAITAN: GV11 RECAP: Tok Ram Puji Persembahan Liza Aziz, Semua Peserta Masih Di Zon Selamat! Semak Markah Penuh Minggu Pertama
Pada masa sama, Ramli M.S turut menyatakan belum sampai masa lagi untuk mencabar Liza dan bintang lain menyanyikan lagu-lagu generasi baharu.
“Mereka ikut tema, belum sampai masa lagi. Nanti kalau sudah sampai kita akan lihat mereka bawa lagu-lagu baharu,” ujarnya.
Liza kekal berada di tangga pertama tiga minggu berturut-turut.
Dengan tema Ceritera untuk minggu ketiga, Liza Aziz berjaya mendapatkan markah sebanyak 73.40 peratus menerusi lagu Ain’t Nobody nyanyian asal Chaka Khan.
Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang eksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*.
Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Must-Watch Video