SUKAN
Azeem Fahmi Pecah Rekod Kebangsaan Lagi!
Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, tidak berhenti mencipta kejutan apabila sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan bagi acara 60 meter (m) dalam dewan dengan catatan 6.56 saat (s) di Bryan-College Station, Texas, Amerika Syarikat (AS) sebentar tadi.
Atlet berusia 20 tahun itu berjaya menamatkan larian di tempat ketiga dalam perlumbaan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships, sekali gus menggondol pingat gangsa buat Universiti Auburn.
Sebelum ini, atlet kelahiran Perak itu melakukan larian sepantas 6.60s dalam Kejohanan Jemputan Paw di South Carolina.
BERITA BERKAITAN: Klinik NSL 2025 Sukses, Bangga Dapat Memperkasa Komuniti Melalui Sukan
BERITA BERKAITAN: Malek Noor Pilih Hidup Sederhana, Teruja Jadi Duta Restoran - "Saya Pernah Dalam Dunia Glamor"
BERITA BERKAITAN: Arif Aiman Terima Hadiah Jam Rolex Daytona Daripada TMJ
BERITA BERKAITAN: Pensyarah UM Saran Wujudkan ‘Pom Pom Girl’ Untuk Tarik Minat Penonton Ke Stadium Bola
Sementara itu, rakan sepasukannya, Israel Okon, membawa pulang pingat perak selepas hanya dibezakan satu saat sahaja dengan pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou itu.
Sumber: Astro Awani menerusi Astro Arena
Must-Watch Video