HIBURAN
Malek Noor Pilih Hidup Sederhana, Teruja Jadi Duta Restoran - "Saya Pernah Dalam Dunia Glamor"
Legenda bina badan dan pelakon, Datuk Malek Noor, kini lebih selesa menjalani kehidupan sederhana selepas hampir 40 tahun dalam dunia seni.
BERITA TRENDING: “Maskot Abang Burger Berat… Macam Daging 2 Ekor Lembu” - Malek Noor
Walaupun tidak lagi aktif berlakon, Malek tetap tersentuh apabila masih ramai yang mengenalinya menerusi filem-filem lakonannya."Saya pernah berada dalam dunia glamor, namun sekarang lebih selesa untuk bersederhana dan lakukan apa yang saya suka. Misalnya terbabit dalam dunia perniagaan atau memberi motivasi.
"Tidak dinafikan kadang-kadang bila ada yang masih kenal dan menegur, saya jadi segan. Kalau nak tahu di luar kamera, saya seorang yang agak pemalu.
"Malah kalau ada yang sebut mengenai penghargaan yang pernah saya terima sepanjang aktif dalam sukan bina badan pun, saya rasa segan," katanya.
BERITA TRENDING: Saya Tidak Kisah Kalau Orang Panggil Saya Pelawak - Datuk Malek Noor
Bersedia Kembali Berlakon
Malek juga tidak menolak sekiranya ditawarkan watak yang sesuai dengan usianya sekarang."Ramai kenalan yang menghubungi apabila melihat sedutan lakonan saya di media sosial. Saya berterima kasih masih ada yang menghargai dan mengenali saya.
"Cuma kalau bab tawaran, Insya-Allah saya okay, asalkan watak diberikan bersesuaian dengan usia saya sekarang," tambahnya.
Malek ditemui ketika menghadiri Majlis Cahaya Ramadan @KL Steamboat & Grill 2025 di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Teruja Jadi Duta Restoran
Sebagai duta @KL Steamboat & Grill 2025, Malek berasa teruja dapat membantu perniagaan yang dikendalikan oleh empat usahawan muda, Mohd Zulkifli Mohd Talib, Mohd Farid Jamaluddin, Mohd Samsul Mior Atan Ahmad dan Mohd Halmie Mior Atan Ahmad.Peserta The Masked Singer Malaysia 3 ini turut berkongsi bahawa restoran ini sudah menjadi lokasi kegemarannya.
“Saya mahu membantu anak-anak muda membina perniagaan. Hampir setiap minggu saya datang dan merasai steamboat dan gril di sini,” katanya.
BERITA TRENDING: Usia 63 Tahun Tak Halang Datuk Malek Noor Aktif Ke Gym & Jaga Pemakanan Untuk Kekal Sihat
Selain konsep steamboat dan grill, restoran ini turut menampilkan hiburan busking setiap hujung minggu, menawarkan seafood segar dengan harga berpatutan serta promosi khas sepanjang Ramadan.Berlokasi di Jalan Mengkudu, Kuala Lumpur, @KL Steamboat & Grill dibuka setiap hari dari 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.
Must-Watch Video