Hiburan

Azhael Mengaku Berselisih Faham

gempak
Ahmad Shah
02/11/2016
04:21 MYT
Sponsor Banner
Azhael Mengaku Berselisih Faham
Kumpulan duo kelahiran AF 2013, Azhael yang dianggotai oleh Azhar dan Hael mengakui terdapat perselisihan faham antara mereka berdua.
"Tipulah kalau tiada peselisihan faham. Sebagai kumpulan duo, pasti ada masanya kami berbalah ketika berkerja. Perkara itu kadangkala terjadi semasa proses pengeluaran idea yang bakal dijelmakan menjadi sebuah karya muzik.
"Bagi kami, tidak bersependapat itu bagus. Kalau idea itu datang dari satu arah sahaja, pastinya perkara tersebut kurang membuahkan hasil.
"Kemunculan bintang baru juga membuatkan kami mencari kekuatan untuk mengekalkan nama Azhael. Perkara tersebut memainkan peranan penting untuk kami terus bernafas dalam bidang nyanyian," kata Azhar kepada Astro Gempak.
Berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 31 menerusi lagu ciptaan sepenuhnya oleh Omar K dan Ezra Kong, Mencinta, Azhael sangat gembira menerima berita ini.
"Sejujurnya, kami sangat bersyukur dan rasa sangat gembira. Pertandingan sebegini menjadi sebuah penanda aras dalam bidang nyanyian di Malaysia.
"Setelah muncul dengan empat single, lagu Mencinta merupakan lagu pertama yang berjaya lolos ke peringkat separuh akhir. Lagu ini mempunyai kekuatan tersendiri dan kami berharap agar dapat memberikan persembahan yang mantap di malam pertandingan nanti," kata Hael pula.
Selain lagu Mencinta, Separuh Akhir Muzik Muzik 31 akan turut menyaksikan 29 lagu lain bertanding untuk merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu 31 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Saksikan Separuh Akhir Muzik Muzik 31 yang bersiaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 4 dan 11 November ini bermula jam 9.00 malam di TV3.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024