Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Azhan Rani Dedah Pertama Kali Datang Anugerah Selepas Nama Bolos Top 5 - “Harap Tak Tua Sangat Aku Untuk…”

Khairil Khusyairi
12/10/2024 06:25 MYT
Pelakon serba boleh, Azhan Rani mengakui menerima undangan untuk menghadiri acara anugerah buat pertama kalinya sepanjang bergelar anak seni.

Pertama Kali Datang Anugerah

Menurut Azhan, dia tidak menyangka namanya turut tercalon dalam kelompok lima terbaik dalam kategori Artis Lelaki Pembantu TV Popular.

Malah, pelakon drama Khunsa itu turut berterima kasih kepada peminat yang mengundi sehingga bolos ke peringkat akhir.

“Terima kasih pada yang menyelitkan nama ni untuk diminta hadir ke majlis ni buat kali pertama dalam hidup. Harap tak tua sangat aku untuk majlis macam ni.

“Sejujurnya aku pun tahu fasal ni last minute. Tak tahu la siapa yang rajin nau mengundi diri ni namun terima kasih banyak-banyak dari diri aku yang kerdil ni untuk majlis yang gah macam ni,” kongsinya.

Hargai Sokongan Peminat

Tambah Azhan, dia juga tidak pernah berkempen atau meminta peminat untuk mengundi namun tetap bersyukur dan berterima kasih kepada semua.

“Aku tak pernah kempen atau minta siapa-siapa mengundi aku tapi bila korang letakkan aku di majlis ni malam ni hanya syukur dan terima kasih banyak-banyak yang dapat aku sampaikan.

“Tak harapkan apa-apa pun. Doa yang baik-baik dari korang dan dibuka pintu rezeki berterusan dah satu anugerah untuk aku. Tahniah sekali lagi untuk semua,” luahnya.

Dalam kategori tersebut, pelakon Shah Iskandar berjaya merangkul trofi dengan menewaskan Azhan Rani, Mierul Aiman, Nadhir Nasar dan Wanss Ahmad.

#pelakon #Pertama Kali #Azhan Rani #Anugerah
;