Laman Utama
Azhar Sulaiman Anggap Keluarga Bergaduh Di Media Sosial Bodoh!
Pelakon Azhar Sulaiman menyifatkan ahli keluarga yang menggunakan platform media sosial untuk bergaduh sesama sendiri adalah bodoh.
Tulis Azhar di Instagram, tindakan bergaduh di media sosial hanya akan menyakiti hati sesama sendiri tanpa ada solusi yang jelas.
"Kita hanya akan menyakiti hati satu sama lain apabila bergaduh (di media sosial). Nanti nak kena tunggu berapa kali Hari Raya baru nak berjumpa nangis-nangis dan bermaafan?
"Kenapa tak pilih untuk berdamai, jangan bergaduh di media sosial sebabnya ia bodoh sangat!" tulis Azhar.
Saran Azhar, sesebuah institusi keluarga seharusnya menyelesaikan masalah secara dalaman dan tidak membuka pekung kepada khalayak.
"Bila tengok sesebuah keluarga berperang sesama sendiri di media sosial, terlintas di kepala saya, mereka semua ni dapat payment dari sesiapa untuk berdrama kepada netizen?
"Semoga Allah akan sentiasa menjaga kewarasan saya dan isteri dan anak anak.
"Saya berharap hantaran ini akan membuat mereka tersentak dan kembali cool down dan berfikir secara baik semula. Ini bakar kelambu ni," tambahnya.
Nasihat Azhar itu mendapat perhatian warganet dan menyokong pandangan terbabit memandangkan institusi kekeluargaan seharusnya menjaga sesama sendiri.
Sekadar informasi, Azhar dan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1995.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin serta Kasih Iris Leona.
Must-Watch Video