Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Azharina Beri Tips Nak Kenal Si Talam Dua Muka! - “Kalau Bagi Satu Benda, Orang Tanya Soalan…”

Mya Amri
29/05/2024 01:54 MYT
Sebagai seorang selebriti, penyanyi dan bintang All Stars GegarVaganza, Azharina Azhar juga tidak terlepas dengan komen negatif sepanjang berkecimpung dalam industri seni.

Enggan peduli manusia iri hati

Bagaimanapun Azharina menerusi program No Filter berkata dia memilih untuk tidak mempedulikan perkara itu dan menganggap ia sebahagian daripada sifat manusia yang mempunyai perasaan iri hati.

“Pada pendapat saya, kita sebagai manusia ini nak tahu orang tu bertalam dua muka atau baik dengan kita adalah bila dia sentiasa menyangkal.

“Menyangkal ini datangnya daripada sifat iri hati. Ketidakpuasan melihat orang lain berjaya dalam hidup.

“Ketidakpuasan melihat orang lain lebih daripada kita. Itu adalah sifat manusia.

BERITA TRENDING: All Stars Gegar Vaganza: “Maaf Sentiasa Di Bibirnya” - Elly Mazlein Dedah Sikap Sebenar Azharina

Pegang pesanan arwah nenek

“Saya dibesarkan oleh atuk dan nenek, mereka kata kalau saya dah bagi satu benda dan orang tanya soalan, awak dah bagi jawapan.

“Tetapi orang itu tidak boleh terima awak punya jawapan, dia mahu jawapan dia, suruh dia tak payah tanya.

“Yang kedua nenek saya kata tak guna nak menjawab lebih-lebih kalau dia sendiri pun tidak mahu terima jawapan awak.

“Kenapa? Sebab sifat diri manusia itu ada perasaan iri hati dalam hidup dia,” ujarnya.

Selain mengenai hal iri hati, banyak lagi topik menarik yang dijawab oleh Azharina dalam No Filter yang dihoskan oleh selebriti versatil, Elly Mazlein.

BERITA TRENDING: All Star Gegar Vaganza: Ditanya Status Janda, Jawapan Azharina Memang Padu: “Jangan Risau…”

BERITA TRENDING: Stacy Tegur, Beri Nasihat Pada SMDX - “Tak Akan Nak Glamour Sahaja, Tak Boleh Begitu”

Untuk menonton episod penuh tentang Azharina klik DI SINI

Saksikan juga episod terbaharu No Filter setiap Isnin di www.gempak.com pada jam 12 tengah hari.

No Filter juga boleh ditonton di Astro Ria saluran 104 pada hari yang sama di jam 8.30 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #GempakMostWanted tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM41.99/sebulan (JIMAT 30% - tawaran terhad dengan langganan auto-debit. Harga Asal: RM59.99).

Whatsapp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.

#Azharina Azhar #Tips #Azharina #No Filter #Talam Dua Muka