Gegar Vaganza All Star
All Star Gegar Vaganza: Ditanya Status Janda, Jawapan Azharina Memang Padu: “Jangan Risau…”
Azharina menjadi salah seorang peserta All Star Gegar Vaganza yang masih bertarung pada minggu keenam.
Menerusi segmen temubual ringkas yang berlangsung dengan pihak produksi, Azharina diminta mengulas beberapa komen yang diberikan oleh netizen terhadap persembahan dan dirinya.
Salah satu komen yang dibaca dalam segmen Selongkar Komen Netizen oleh penyanyi versatil ini adalah mengenai status dirinya yang merupakan seorang janda.
“Ya saya janda tapi jangan risau saya tidak akan kacau suami anda,” jawab Azharina selamba.
Penyanyi yang mendendangkan lagu Bilang Saja pada minggu ini kemudian mengatakan akan memaklumkan jika jodohnya untuk berkahwin kembali bertandang.
“Saya tidak akan sorok, saya akan beritahu satu Malaysia jika saya kahwin lagi,” katanya lagi.
Untuk rekod Azharina pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan dengan ahli perniagaan dan bercerai pada tahun 2008. Mereka bagaimanapun tidak dikurniakan anak.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Must-Watch Video