TEMPATAN
Azhar-Seorang daripada rakyat Malaysia pertama guna tanah liat untuk bina kereta bersaiz sebenar
“Saya berumur 20 tahun dan sekarang sudah berumur 54 tahun,” kata Azhar Noordin yang sudah 35 tahun bekerja di PROTON sejak Mac 1985.
Dalam tempoh itu, pelbagai kenangan manis dan pahit yang dilaluinya bersama pengeluar kenderaan nasional pertama Malaysia itu.
Ternyata semangat serta kesetiannya cukup tebal terhadap PROTON sehingga dia boleh dikatakan sebagai 'otai' dalam syarikat berkenaan.
Azhar berkata, dia mula bertugas di PROTON, di Jabatan Pengeluaran, Bahagian Mengecat selamat empat tahun dan seterusnya ditawarkan ke bahagian Clay Model di Jabatan Penyelidikan & Pembangunan).

“Ini adalah satu fasa baru bagi R&D di Malaysia. Sebagai seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang pertama kalinya membuat kerja-kerja “Modelling” mengunakan tanah liat dengan menjadi seperti model kereta bersaiz sebenar.
“Selepas hampir 13 tahun di Seksyen Clay Modelling, saya ditugaskan pula di Seksyen Reka Bentuk-Graphic PROTON dengan menyumbang tenaga dan kemahiran membuat reka bentuk grafik Graphic bagi model-model Proton seperti Exora, Satria, Saga dan lain-lain,” katanya.
Sepanjang dengan Proton, dia sudah merantau banyak negara untuk menimba ilmu dalam dunia automotif membabitkan Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat (US), Hong Kong dan Canada.
Menurut Azhar, dia pernah berkerja di Pusat Rekaan Mitsubshi, Nagoya, Jepun ketika membangun model Proton Waja pada 1997.
“Pada masa sama, saya pernah menerima latihan di Coventry, UK bersama Jururunding Reka Bentuk membangunkan model baru Wira; melawat dan sambil belajar Metal Crafter Studio dan Art Center di Los Angeles, US serta di Aliaswave Studio di Toronto, Canada dan Hong Kong.

“Ini adalah sebagai daripada kenangan indah saya bekerja di PROTON,” katanya.
Menurutnya, sepanjang tempoh itu dia pernah bersama-sama dengan PROTON di waktu sukar, zaman kemelesetan ekonomi, dengan jualan kereta yang lemah.
Katanya, ketika itu, masing-masing tidak tahu nasib yang mendatang, tetapi dia masih setia bersama syarikat selama 35 tahun hingga kini, dan yakin akan adanya cahaya di hujung jalan.
“Jujur saya katakan, tiada tempat lain di hati selain PROTON dan di sinilah saya memulakan perjalanan hidup, menimba ilmu pekerjaan dan berkhidmat dengan syarikat tempatan. Bagi saya, PROTON sudah sebati dengan diri saya.

Ketika ditanya perbezaan selepas Geely mengambil alih, Azhar berkata, sistem dan cara berkerja sudah bertukar dimana suasana menjadi pantas, sentiasa bergerak dan semakin laju.
Katanya, pihak Pengurusan Geely mahu menjadikan PROTON berjaya dan berdaya saing, sehebat jenama-jenama terkemuka yang lain di dunia.
“Mereka bekerja keras. Ini semakin menampakkan hasil, jualan semakin meningkat kepercayaan dan kepada jenama PROTON semakin melonjak!

“Produk semakin berkualiti dan kakitangan selesa berkerja di PROTON kerana Geely mengambil berat mengenai kebajikan pekerja.
“Prinsip mereka mudah, lagi banyak jualan bermakna syarikat boleh memperoleh lebih keuntungan. Dengan keuntungan, syarikat dapat memberikan lebih banyak pulangan dalam bentuk kewangan seperti bonus kepada pekerja,” katanya.
Selain itu, dia turut mengagumi bekas Penasihat PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketujuh Malaysia.

Katanya, beliau seorang yang amat berkarisma dan berdisplin tinggi, selain seorang yang amat menepati waktu.
Menurutnya, beliaulah yang mengilhamkan PROTON, merealisasikan impian negara sebagai satu daripada pembuat kereta di dunia, dan kereta Proton yang rakyat Malaysia pandu sekarang adalah bukti kemampuan negara menghasilkan kereta dengan teknologi tinggi.
Must-Watch Video