Skip to main content

Budaya Popular

Azlan Komeng Sedang Sesuaikan Diri Masuk 'Alam Baharu’ - “Kalau Dulu Saya Boleh Berjalan, Berlari Tapi Sekarang…”

whatsapp-image-2024-11-15-at-1-37-14-pm.jpeg

Pelakon Azlan Komeng  sedang menyesuaikan diri menjalani kehidupan yang baharu disebabkan dirinya hanya terbaring di atas katil berbanding sebelum ini dilihat agresif ke sana sini.

Mengakui rasa kekok dengan keadaan terkini, Azlan bagaimanapun reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan.
 

 
"Tetapi sekarang saya hanya mampu terbaring sahaja. Jadi dunia baru ini yang saya kene belajar dan kena belajar untuk terima.
 
"Kalau ikutkan anggota saya dari pinggang sampai ke bawah semua dah tak rasa, tangan kanan sahaja boleh gerak. Senang cerita macam lumpuhlah," katanya kepada Gempak.
 
Azlan yang reda dengan ketentuan Ilahi berkata, jauh disudut hatinya untuk mencari nafkah sama seperti lelaki lain namun keadaan belum mengizinkannya untuk bekerja.
 
"Insya-Allah… kadang bila baring diam-diam, saya terfikir juga sampai bila saya nak macam ini. Saya tak boleh begini.
 

"Sekurangnya saya kena bekerja. Tak kiralah kerja apa pun. Walau sekali dia atas katil saya kena bekerja dan fikirkan apa yang sesuai," katanya.

 
Pada 12 Oktober lalu, Azlan Komeng bersama isteri Nur Nilam Ortiz terlibat dalam kemalangan  di Kuala Lipis ketika dalam perjalanan ke tapak perniagaan festival makanan. 
 
Dia mengalami  kecederaan parah akibat dan dikatakan berisiko lumpuh sekiranya kaki kirinya tidak menerima rawatan dengan baik.
 

Must-Watch Video

Advertisement