Pelakon Azlan Komeng berdepan kebarangkalian lumpuh disebabkan kemalangan yang dialaminya termasuk kecederaan serius di tulang punggungnya.
Isterinya, Nur Nilam Ortiz yang sayu berkongsi berita itu kepada Gempak akur dan reda dengan sebarang kemungkinan, biarpun terpaksa menelan berita sedih itu bersendirian.
"Tipula akak cakap sebagai isteri tak sedih bila kita dengar suami kita macam ini. Tapi Insya-Allah, macam saya cakap kejaiban Tuhan kita tak tahu.
"Apa pun saya sudah bersedia andai kata ini semua berlaku. Saya dah cakap dengan abang (Azlan) saya akan berniaga. Berniaga kecil-kecilan pun tak pa. Cuma harapan dapat job berlakon tu mudaha-mudahan adalah," katanya kepada Gempak.
Azlan yang kini masih lagi terlantar jelas Nilam tidak mampu menguruskan dirinya sendiri.
Sebelum ini, pelakon aksi dan watak jahat, Azlan Komeng, 48, patah kaki kiri selain cedera di muka, kepala, tangan dan kaki selepas terbabit dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang.
Dalam kejadian itu, kereta jenis Perodua Kancil dipandu Azlan yang turut dinaiki isterinya, Nur Nilam Ortiz dan anak mereka, Adam, 5, bertembung dengan trak polis.
Kejadian itu turut menyebabkan isterinya cedera di tulang rusuk, muka dan kepala akibat terhentak. Bagaimanapun, anak mereka tidak mengalami kecederaan.