Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Azlan Komeng Sedang Sesuaikan Diri Masuk 'Alam Baharu’ - “Kalau Dulu Saya Boleh Berjalan, Berlari Tapi Sekarang…”

Ernalisa
15/11/2024 07:55 MYT
Pelakon Azlan Komeng sedang menyesuaikan diri menjalani kehidupan yang baharu disebabkan dirinya hanya terbaring di atas katil berbanding sebelum ini dilihat agresif ke sana sini.


BERITA BERKAITAN:Tiada Orang ‘Call’ & Mesej, Nur Nilam Halalkan Duit Yang Hilang Dicuri Ketika Kemalangan - “Sehingga Kini Saya Masih Belum…”

BERITA BERKAITAN:Isteri Azlan Komeng Kini Jual Sos Buatan Sendiri Bantu Tampung Keluarga - "Apa Sahaja Kerja Datangkan Duit Saya Akan Buat"

BERITA BERKAITAN:"Peluang Dia 50-50" - Isteri Kongsi Keadaan Azlan Komeng, Berkemungkinan Lumpuh

BERITA BERKAITAN:#GempakVideoNews : Isteri Azlan Komeng, Nilam Boleh Hilang Arah Kalau ... " Hidup Aku Tak Menentu Tanpa Kau Komeng"

Mengakui rasa kekok dengan keadaan terkini, Azlan bagaimanapun reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan.

"Macam saya kata… saya kini sedang menyesuaikan diri untuk menjadi Azlan yang baru. Kalau dulu saya boleh berjalan, berlari, semua saya boleh buat.


"Tetapi sekarang saya hanya mampu terbaring sahaja. Jadi dunia baru ini yang saya kene belajar dan kena belajar untuk terima.

"Kalau ikutkan anggota saya dari pinggang sampai ke bawah semua dah tak rasa, tangan kanan sahaja boleh gerak. Senang cerita macam lumpuhlah," katanya kepada Gempak.

Azlan yang reda dengan ketentuan Ilahi berkata, jauh disudut hatinya untuk mencari nafkah sama seperti lelaki lain namun keadaan belum mengizinkannya untuk bekerja.

"Insya-Allah… kadang bila baring diam-diam, saya terfikir juga sampai bila saya nak macam ini. Saya tak boleh begini.

"Sekurangnya saya kena bekerja. Tak kiralah kerja apa pun. Walau sekali dia atas katil saya kena bekerja dan fikirkan apa yang sesuai," katanya.


Pada 12 Oktober lalu, Azlan Komeng bersama isteri Nur Nilam Ortiz terlibat dalam kemalangan di Kuala Lipis ketika dalam perjalanan ke tapak perniagaan festival makanan.

Dia mengalami kecederaan parah akibat dan dikatakan berisiko lumpuh sekiranya kaki kirinya tidak menerima rawatan dengan baik.

#Azlan #Dunia #Baharu #Komeng #serasikan
;